img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, August 1, 2016

Carik selipar.

Ni kisah jumaat. Jumaat ke khamis. Jumaat rasanya. Hadoi shortterm memory sungguh!.

Ayra dah takde selipar tau. Satu selipar hilang sebelah. Satu selipar sebelah putus.

Kesudahnya dia pakai mcm ni. Saje buat ibu rasa sedihnya anak akuuuu nih. Hahaha!

Jadi niatnya, meh la kita beli selipar baru. Selipar basahan utk kat rumah. 
Anak anak aku memang sejenis takde banyak kasut/sandal pun. Kalau ada yang tu.. yang tu jela. Pakai sampai lebam. Tunggula nanti kaya kita beli kasut selori. Hihi

So ayuh kakak kita bersukaria sikit. 

Pandai kan berlakon acah acah tido pastu amek gambar? Kakak mcm alias je ni. Tidur boleh snap pic kahkah. 

Makan ayam penyet. Lapar nasi.. alhamdulilah kenyang.

Pastu teman kakak tengok wayang. Eh kakak teman ibu or ibu teman kakak? Hahah. Sebenarnya takde cite bebudak. Aku nak je tengok kabali. Tapi risau dia pening lak nanti. Hahaha. So takpela. Kita tengok jackie chan ajela.. skiptrace.

Muka risau sbb dah lambat lima minit

tapi ibu cakap takdela.. mesti iklan punya.. belum mula. So boleh senyum balik. :)
takdela tak best.. dan takdela best sangat. Biasa je.

Cite dia pasal.. jackie chan ni polis. Ada kawan sama2 polis. Pastu kawan dia ni mati. Dia nak la bela kematian kawan dia. Sekalinya.. ha. Tengok la sendiri. Tapi sepanjang perjalanan dia tu.. dia ada la jumpa org putih ni.. ada la part kelakar2. Tula, kadang org ni.. kita punya la sayang sampai kita abaikan diri kita.. tp rupanya, tak berbaloi pun. Huhu. 


Selipar budak pun mahal. Kan? Selipar jamban pun rm30lebih paling murah. Hahaha. Kalau yang ada corak corak sikit dah rm50 rm60. Gila. Hahaha. Tunggu ibu jadi bini no4 dato red. Baru boleh beli. Hahahaahahahaha!! Jadahnya dato red. Benci betul aku dgn dia tu. Kikiki.

Yg mcm ni rm55. Hoiiihh!

Kesudahnya, kita beli selipar kat kedai fipper jela. Murah sikit. Hahaha. Janji ibu dah taknampak pakai sebelah lain sebelah lain. Okayla utk pakai kat rumah. Tapi kan.. apa beza fipper ori dgn tak eh? Aku tengok sama je. Kualiti la kot. Tapi harap2 9bertahan la takla cepat haus ke apa.


.