img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, August 30, 2016

Muntah & cirit birit.

Penat.
Adyra dari hari sabtu muntah & cirit birit.
Cirit mcm air. Dia bursttt je.. meleleh terus ke kaki. Cair.

Hari sabtu tak teruk sangat. Sempat la keluar kejap. Tapi badan dia dah mcm dedar dedar.

Hari ahad. Ntah berapa puluh kali cirit. Tak keluar rumah pun. Badan dah panas. Merap je. Minum je susu muntah. Muntah cirit muntah cirit. Penatttt sangat rasanya. Rumah dah bau apa je. Baju berhelai2 tukar. Pampers pun sama.

Ahad

Hari isnin. Badan dah kurang panas. Tapi tahap clingy dia masyaAllah.. urut dada sistur. Hihi.

Sbb awk tk sihat. Kita g kedai jela makan #alasanamakkaupundik #underneathpokokkelapa #adikkdahkurus

Lepas maghrib tadi ke klinik la kita. Klinik depan rumah je pun. Angkut semua. Haha..

Selfie dlm klinik

Main tu nak.. tp tk larat

Alhamdulilah walaupun dia mengada ngada.. banyak perintah itu ini.. tapi dia still aktif.. takla lembik terbaring.. cuma kurang la aktif tu. Dia nak main.. tapi tak larat.. kesian. Muka sedih je..

Makan memang taknak. Suap je, dia luah. Suap je.. dia luah.  Susut dah badan. Nampak kurus. Bebudak memang camtu kan? Tak sihat kejap je dah susut badan.

Untuk sementara waktu ni, kena minum susu soya. Nanti dah okay baru boleh minum susu biasa. Doktor ada bagi susu sample tadi. Kalau habis kena beli lain la. Isomil kan susu soybased. Dahla kita baru je beli susu awak stok sebulan adik oii. Tula ada gak terfikir ntah2 adyra ni tak sesuai dgn anmum dah.. tapi takpela.. kita tengok dulu nanti camne..

Bercinta la kita menyuap ubat ke mulut.


Sekarang 2lebih..

Bila nak tidurrr? 

Ibu dah berkelip2 ni nyawa sebenarnya dik. Tapi sebab anak. Ku tahankan jua. Kepala pun dah rasa tingtong. Anak sakit perlukan perhatian. Perlukan kasih syg. Kasih syg  tak boleh dibeli. 
Tak guna la kalau beria carik duit, tapi hal anak diabaikan. Tapi tula kalau takde duit pun susah jugak. Cumanya, hidup kena la balance.. apa2 pun family first. Takpe, "Adyra" kan kuat. :)

Cepat sihat dik, boleh kita bersukaria. 

.