img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, November 15, 2010

Dulu Lain

maka berakhir lah sem 1, baibai ;) banyak cerita berlaku. tapi sem 1 kat sini, tak seronok, nasib baik romate aku oke. aku tak rapat dgn clasmate aku. kalau terserempak kat tepi jalan, boleh buat tak kenal. shit gila. tapi takpela, next sem aku dah kelas lain, tapi. budak2 bio lagi nerd kot? mcm mana lah aku nak survive, haihhh ;( aku cuma rapat dgn budak2 group BI aku je ;( tu pun tak rapat mcm mana. boleh la kalau nak bertegur hai hai tu. ;\


tadi aku g sekolah, banyak benda dah lain, dua tahun, mestilah berubah, ye tak? hehehe. aku tgk budak2 sekolah, perghh. siyes aku rindu zaman sekolah aku dulu. zaman yg memang sentiasa hepi, kawan kawan ramai. rindunya T_T



lagi lagi bila time form 4 n fom 5, memang aku rindu gila budak2 einstein yg gila. lagi2 geng 5.iodine. ;P sumpah aku rindu korang. aku rindu nak ponteng kelas fizik, aku rindu nak lepak bogon, aku rindu nk curik2 makan time kelas, aku rindu semuanya. aku ni dari dulu memang bukan budak yang gila study. tapi tak study2 pun, upsr aku 5a, pmr 8a, cuma spm je.. sikit2 nk strek A. HAHAHAH. oke, aku tipu, spm aku agak hancur. tapi nasib dapat masuk matrik.



time sekolah dulu, aku memang benci gila subjek fizik, kimia, dgn addmath. kalau time kelas fizik memang aku dgn kawan2 aku, akan ponteng. HAHAHA. sumpah lawak. ponteng kelas fizik, lepak library. BAIK kan kitorang? cehh, tapi selalunya, buat slumber je g makan kat luar. see, best kan sekolah aku tu? boleh keluar sesuka hati, apa ada hal, pakguard pun macam haram. perangai gatal. pantang nampak perempuan hot. semua nk di ayat. pastu kalau habis sekolah, lepak kat selayang mall. ntah apa ada kat selayang mall tuh. tapi budak2 kan, apa nk tahu, tu je yang dekat. dah rasa mcm seronok kot. study nya tak, time exam pun boleh rilek je melepak. kalau nak exam lak, malam masing masing mesti sibuk. SIBUK sgt menyalin nota. buat note ringkas2. nk jadikan toyol time exam. hahahaha. gila ;DD orang lain SIBUK study, aku sibuk buat nota. ada satu hari tuh, time exam fizik paper 3, kawan aku nk pass nota kat aku, slek boleh la nota tu jatuh. dh la ada highlight2 lagi. tapi cikgu nampak, dia buat rilek jee. cool gila ;) tapi time tu cuak gak laa.. cilaka gila perangai.



lagi satu perangai aku, aku suka tidur dalam exam. yela, bukan mcm kat U, sape siap boleh keluar. so nak tak nak, kena la bertapa dalam kelas tu. kalau 3 jam, hah! memang boleh mimpi siap buat peta lagi. ;P aku salunya mesti siap cepat je kalau exam. ntah kunun bajet pandai. tapi sebenarnya, aku malas nk cek2, nanti kalau cek, pastu aku betulkan, sekali apa yang aku betulkan tu salah, kan dah mcm gampang. so better aku buat bodoh je. ada sorang cikgu ni, cikgu math. aku sayang gila cikgu ni, sebab dia sgt baik, dia salu kejut aku time exam. cara dia kejut, dia sepak kaki aku. HAHAHA. cikgu ni baik gilaa, time fom4, aku tak faham langsung math. markah aku pun salu low je, nk dpt A memang mimpi lah kan. tapi sebab dia kenal aku, dia salu tanya aku, aku nk markah berapa untuk math. hahahahahha. walaupun aku gagal, dia tetap akan lulus kan jugak. BAIK kan? dan kalau time dia mengajar, aku pun akan mengajar kat belakang, dia mesti pangil nama aku tiba2, haha. tiba2 je tanya soklan. bikin suspen. tapi dia tak pernah nak marah2 aku walau pun perangai aku mcm setan. cool gila la cikgu nih. aku igt lagi nama dia, cikgu ZULKARNAI.



tapi ntahlah, aku memang minat subjek sejarah time sekola dulu. walaupun semua orang cakap sejarah sgt mengantuk. ye memang mengantuk. tapi best kot. semua tu cerita, jus baca, sure boleh jawab. ohye, sejarah aku sentiasa A, spm pun dapat A1 walaupun time jawab spm tu aku tidur, sebab bosan siap awal ;P nk keluar hujan lak time tu, terpaksa stay. hah! kelas aku dulu, nama je kelas first, tapi add math majoriti dapat 0. hebat gilaaa.



naik fom 5, azam baru. azam nk belajar la. spm kan. tapi perangai tetap cm setan jugak. tapi kurang dh setan. setakat ponteng tu normal la. ponteng sampai dapat surat? hahaaha. sibuk je cikgu nk hantar surat kat rumah. huh! time ni, baru aku minat math, sebab aku memang akan dpat A untuk math. ntah apa yg rasuk aku sampai aku minat math. kalau homework math, memang sah2 akan siap, tapi subjek lain. SORI lah, sentuh pun tak. kelas kimia, sampai kena duduk bawah meja. ntah apa motif suruh duduk bawah meja. HAHAHA! takpe, rasa cm hebat gak. etlis aku ada pengalaman yang seronok2 mcm tu.



las2 spm, time spm ni mulalah menyesal tak belajar, tapi aku try jugak la, baca apa yang patot. nk kover untuk benda yg kita study dalam masa 2 tahun, perghh. memang terburai la otak ;P aku baca ala-ala kadar je. aku ingt lagi, exbf aku study gila2 kot time tuh, even nk msj2 pun tak boleh. haha. haram ;P buat rilek sudah laa.



time result keluar, aku memang dh boleh agak result aku. tapi time nak amek tu, semua takut nak amek dulu. choyy, aku dtg lambat, aku terus g amek, pengecut je semua. aku tgk result aku. HAHAHA. aku senyum n ketawa. aku terus kol mak aku, bgtau aku dapat berapa. tapi pastu bila aku tgk membe2 aku yang mcm bodoh2 dpt lagi beter dr aku, aku terus duduk, pastu ajak exbf aku balik, rasa sedih gilaa. tapi kejap je tu, sebab aku memang dh tahu result aku sgt excelent. hak hak!! tapi sejarah dgn math aku tetap A, A1 kot :)



rindunyaa, aku rasa nak sekolah balik ;( sumpah seronok dari sekarang ni, BOSAN!

No comments:

.