img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, November 24, 2011

65 days to go.

Aku rasa sekarang ni masa cepat je berlalu kan. Rasa baru je hari tu hari Ahad, tapi sekarang dah Khamis. Cepat sangat ni. Begitu cepatnya masa berlalu nanti dah bulan 1.......  Mengimbau balik 8bulan lepas.....

1 bulan.
Tak rasa apa-apa. walaupun period dah lewat, tapi still tak cek ke apa.

2bulan
Period tak datang lagi. Padahal period aku adalah jenis teratur, bukan jenis yang kejap datang kejap tak. Selalunya hujung2 bulan nak ke awal bulan begitu. Tapi tetap tak buat UPT pun. Heh. Tapi disebabkan badan pun dah mcm tak sedap2, so akhirnya pergi la Guardian beli pregnancy test. Ingat lagi, malam2 pukul 10 mcm tu, kedai pun dah nak tutup. Cek2, 2line. Ahakahak. Tapi tetap mcm tak percaya lah kan? Nak kena konfirmkan dgn doctor jugak. So, time jumpa doktor tu, dah 11weeks mcm tu. Kira dah nak masuk 3 bulan. Kahkahkah. Scan baby bergerak2 sudah.

3bulan.
Mual2. letih nak mampus, rasa nak tidur 24jam, haha. Tapi aku takdela kemaruk makan benda2 masam pun. Cuma prefer gula2 berangin untuk elak muntah. Haha. Ingat2 balik, kelaka. Rasa nak muntah tak kira masa. Lepastu, asyik lapar je......... muntah, makan, tidur. Tu jela kerja aku. Tapi memang betul, kalau tak mengunyah, automatik rasa nak teruwek2 je.

4bulan.
Still muntah2 lagi, tapi tak teruk sgt,, muntah angin je lebih. Muntah kosong begitu. Time ni bulan puasa, nak puasa pun tak boleh sebab asyik muntah2. Perut kosong jadi muntah. So banyak jugakla puasa terskip. Huh.

5bulan.
Muntah kekadang je. Takdela teruk, mengah2 biasa je la kot. Perut pun tak leper je lagi. Hehe. Time ni adalah raya. Nafsu makan makan and makan je :p Haha, okay, memang sejak mengandung ni, aku makan dah mcm apa je, makan banyak. Baru nak stat minum susu time nih. Kuikui.

6bulan.
Dah takde muntah2. Biasa2 je. Dah rasa baby gerak2. Haha gila lambat baru sedar how baby bgerak. Padahal, dalam minggu ke 15 cmtu dah boleh rasa. Ada bunyik bulpbulp mcm tu. Mengah, penat, sakit2 belakang, benda2 normal macam tu jela. Tak teruk pun. Tapi tetapla sakit. :s

7bulan.
Perut membesar dgn jayanya. Haha tapi stil tak besar mana. Cuma dah boleh nampak la perut tu kalau pakai tshirt biasa. Kalau pakai baju kurung tak nampak pun. Baby asyik menendang. Lagi2 malam time nak tidur, or kalau aku takde buat apa2. Memang boleh nampak perut tu bergerak2. And perut terasa gatal2. Ada jugak few times kaki krem. Ni tak suka tau! Sebab sakit. Tapi kalau aku rasa kaki tu nak kejang, malas aku nak layan kan, letak kaki kasi tinggi and gerakkan sikit. Insyallah lepas tu tak jadi kejang. Kalau dibiarkan, boleh meraung kot sakit :( Hehe.

8bulan.
Awal2 bulan ke 8 ni nafsu makan dah kurang. Makan banyak2 nanti senak. Sometime datang mual balik. Asyik rasa panas je. Plus dada pedih. Tiap kali baby gerak, rasa nak terkencing je. Still boleh berjalan2 lagi. :p And, tengok la nanti adakah kalau dah 9bulan pun aku tetap boleh kesana kesini ke tak.  Cuma jalan tu, normal la lembab and kengkang sikit :p

No comments:

.