Perut menjadi ringan (tapi aku rasa berat, bukan kat perut la macam kat bawah perutttt, so adakah itu perut jatuh??) sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
Sakit belakang
Pecah air ketuban
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
Pecah air ketuban
- Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau.
Yang merah, aku sedang mengalaminya. :( TAKUT!! APEHAL NTAH NAK TAKUT TETIBA?? Padahal, kalau nak bersalin anak 1st ni, sakit adalah 12-24jam kan, so kalau sakit sekarang, esok baru beranak :p Takdenya beranak sengsorang lah. Insyallah. Paling2 pun jerit KAK JUEEEEEE, sure ada org akan tolong. Huahuahua.
Wan tetiba baru kol. Haha apesal call? Tengok, aku dah nangis dah ni :'( Haha tadi hampir2 nak nangis, aku tawaf satu rumah ni, kehulu kehilir sebab nak tahan sakit.. so far cara tu boleh menghilangkan otak aku dari berfikir perut keras. Kahkahkah. Tapi penat lah pulak jalan2 dalam rumah. Bajet rumah besar mcm istana lak :p Duduk sakit, baring sakit, semua pun sakit. Eh hari tu kata taknak mengeluh.. tapi apakan daya................... :'( Hahaha ketawa dalam tangisan dah ni. Menangis sebab perut mengeras, adoilah Nurul. Jangan nak manja2 sgtlah! Tapi, ni bukan manjaaa ni sakitttttttttttttttttt. Huahuahua.
No comments:
Post a Comment