img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, January 28, 2012

26 Jan 2012

Bersalin. Beranak. Done! Normal, vacuum delivery (habis lonjong kepalaaaa :p) Tanpa ambik painkiller, epidural, and so on. Sebab aku taknak *bajet kuat dan gagah* Berat baby, 3.23 kg. Lahir 26 Jan 2012, 11.43pm.

Sakit? Hehe. Rasa nak lagi :p Kahkahkah. Ingatkan kena jahit sakit, tapi time contraction lah kau akan bertukar jadi monster. Hehe. Nasib baik aku muda so tak boleh nak salahkan kalau jiwa memberontok nak bertukar jadi raksaksa, nurse pun faham. Huahuahua. Takde pengalaman kan. 

Pecah air ketuban pukul 6.50am mcm tu, tapi aku pergi hospital pukul 4pm :p Tu pun baru bukak 2.25cm. Masuk-masuk kena seluk, yang first ni sakit. Lepastu, yg second, and third tak sakit dah. Rasa mcm eh dah eh? Sempat lagi lunch dekat foodcourt sec 2, padahal air menceceh-ceceh lencun kat pad :p Tapi aku tak berapa sakit, so rileks jela.. 30minit sekali contraction, tapi mild jela.


Stay kat wad sampai pukul 8pm kot? Kena seluk, then dah bukak 4cm. Terus masuk labour room. Pasang ctg semua, drip air, bla bla. Nurse cakap aku dah nak beranak dah, aku pun rasa mcm happy jela,, sebab tak sakit kan.. Haha, nak masuk pukul 10pm.. amek kau! Dahla posisi kaki kena lipat, konon nak cepatkan kepala turun lah. Lenguh okay? Doc cakap aku akan bersalin around 11pm. tapi pukul 11 tak bersalin-salin pun. Haha hampa tahu tak? Dahla time tu sakit contraction ya ampun.....................  Yang aku rasa nak terberak je... nurse pula tak bagi, dia cakap tu tanda nak keluar baby dah, bukan berak. Helloooo? Aku nak berak okay! Haha. Then doc dtg, cakap okay berak jela.. Tapi aku tak dibenarkan bangun. Haha maksudnya aku kena berak depan2 semua orang yg ada dalam labour room tu. Haha dah takde malu pun. Bukan ada sesape, ada Wan, nurse and doc je. Maka berak laaaa aku. Hahahaha. Tapi kan, selalu aku dgr org punya pengalaman berak kat dalam toilet kan? Ni tak, ntah. redha jela.. Nak sgt tengok taik aku kot? :p


Selesai berak-berak, meneran bagai nak gila. Macam taik keras :p Haha. tak lama lepas tu, doc suruh ke posisi baring macam biasa, and mengangkang sebab nak pasang kat kaki tu kan.. Tapi since teran teran tak keluar, terpaksa la guna vacuum. Hehe. And nasib baik.. kalau lambat sikit kena czer dah aku :'( Hehe. Teran teran dan teran akhirnya baby keluar. Fuhhhhhhhhhh lega sangat-sangat :') Kena jahit, lepastu nurse bersih kan aku itu ini, masuk wad balik, tidurr :") Baby kat nursery. Heavennn~ Time menaran kan, aku memang dah lupa semua petuapetua yg nak meneran semua. Aku main teran je. Hahaha. Dalam otak cuma fikir cepatlah keluar. :p


Ahhh penat la taip ni, btw.. susu aku still takde, so terpaksa guna susu formula. Tapi aku tak kisah pun campur-campur. Bukan nak kata apa, dari pada aku menangis kesian tengok anak aku menangis, bagijela susu formula kan. Kenit kenyang, tidur, and aku pun boleh rest. :)





4 comments:

aTy _faRed~ said...

alhamdulillah..dipermudahkan...:) tahniah dear..tak sabar nak tengok baby merah baru lepas bersalin..:)

amal said...

congrats! baby boy ke baby girl ni?? :)

Cikpuan rara said...

tahniah.xde pon piccy baby.

afiewithayie said...

congratz dear..nak tgk pic bby..girl or boy erk..?

.