Kesudahnya, aku pulak yang emosi sampai taknak balik rumah :p Siap check in hotel lagi. Kihkihkih. Nasib baik ada duit, kalau takde duit jadi la warga gelendangan :p Mula-mula ingat nak balik rumah parents aku je.. ibarat hantar saya balik rumah makbapak saya begitu, tapi bila fikir-fikir nanti mak aku cakap apa pulak kan. So lepas tu ingat nak balik rumah makabah Wan je, tapi diisebabkan mama.abah Wan adalah caring sangat-sangat, aku taknak la merisaukan dorang, nanti kantoi lah pulak aku emosi. Hahaha.
Best okay, penat jalan-jalan dapat pulak landing atas katil yg empuk, bukak aircond, bukak tv, sambil baca magazine. Takyah fikir apa-apa. Rileks je. Wan call pun aku tak angkat. Aku silent je tepon tu, so boleh la keraskan hati takmo angkat, kalau dgr bunyik sure tak sampai hati, nanti aku angkat. Haha tahu lak dia risau mencari :p Last-last, terpaksa la mengalah, sebab dia gunakan Abah. Siap cakap kalau tak kesian kat dia, etlis kesian lah kat abah semua-semua. Hish! Tak suka tau. Kesudahnya, hari Jumaat hari tu Wan mc, eh taktaula dia mc ke El ke.. Malas nak amek tahu :p Katanya sentap.
Bukan apa sebenarnya aku kan dah nak bersalin, tu yg dia over je. Macam la kalau nak terberanak tu baby keluar terus, Benci benci benci. :p Nak pergi kedai depan rumah pun dia tak bagi, takut terbersalin? DEPAN RUMAH okay. Haha, Tapi kalau keluar dgn dia, boleh je. Aku rasa kalau boleh bawak pergi office, sure dia paksa aku ikut dia pergi kerja sekali. :s
No comments:
Post a Comment