img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, February 17, 2012

Hah! Semua sekali harung.

Lalalalalalla~ Bersiaran kembali selepas habis meroyan :p Haha. Mengada sangatt, pui.

Eh dah 17 Feb? Haha, tak perasan pun 14hb Valentine dah lepas. Haha dah memang tak sambut, nak perasan apa. Lagi-lagi ni ada Ayra, lagila kucar kacir. Nak belek-belek muka kat cermin pun takde masa. apatah lagi nak mencabut bulu-bulu semua. Huahua. Sibukk sangat. Si Ayra ni kalau boleh dia nak didodoi kat tangan je. Letak je kat bawah, uwekkkkkkkkkkkkk. Heh! Tension acik. Dahla malam tadi dia buat perangai, takmo tidurr :'( Aku dah tersenguk-senguk mengantuk, kang ada yang susu masuk lubang hidung bukan mulut. Hahahaha.


Hah, Ayra dah 3weeks semalam. Next weeks jab untuk 1 months. Tapi since baby are not allowed untuk keluar rumah, aku rasa postpone sampai habis pantang jela cucuk tu? Haha. Boleh ke macam tu? Ngeeeeee. Sesuka hati aku je. Sebut pasal pantang, aku rasa aku ada salah makan la.. sebab tetiba jahitan tu macam gatal-gatal. Tak selesa.......... :'( Aku syak sebab makan tempe hari tu. Hihi. Pantang dengan orang mcm ni la.. pizza pun boleh je dimakan. Aku lak yang cuak-cuak nak makan. Mama Wan cakap, sebab nowday kan ada ubat, so takyah la nak pantang beria-ria itu tak boleh ini tak boleh. Peghh, moden gila :p Haha. Yang pastinya, dalam pantang ni, aku asyik kena makan je.......... sikit-sikit nurul pergi makan, nurul pergi minum air, nurul pergi bla blaaaa. Katanya badan still lembik so kena makan banyak untuk dapat tenaga. Fuhh baiklahhhh. Menurut perintah!


Btw, walaupun dalam pantang, semua benda aku handle sendiri semua-semua. Kalau aku reti masak, rasanya aku masak sendiri jugak kot :p Hehe. Aku tak suka la susahkan mama.abah Wan. Contoh, basuh baju semua..... baju baby kan basuh guna tangan... ni kalau aku longgok kat tepi, tengok-tengok eh Abah dah basuh.  Haha aku rasa bersalah okay. So kalau ada baju kotor tu, aku terus bawak naik bilik, takmo letak-letak kat bawah. Sebab dia dah tua, nak buat itu ini, haishhhh. Tak suka okay menyusahkan. Cuma part masak je, aku tak tolong :p Sebab aku mana reti masak. Hahahahahha. So bila Abah masak kat dapur, aku cuma tengok tv kat hall. Boleh mcm tu? Kwangggaja :p Oh ye, aku rasa Abah adalah super comel, dia layan cerita Vanila Coklat  and lagu Alif Satar kat youtube tau. Hahahahahah. Tetiba*


Mama Wan pulak kerja. Plus dia tak berapa sihat. Aku kesian tengok dorang kalau baby meragam malam-malam. Sebab Mama jenis woried melampau kalau baby merengek. Tu kalau baby macam ada ciri-ciri nak meragam, aku tidur atas je. Tak tidur kat ruang tamu. Hihi. Dengan harapan takdela dorang dengar baby uwek-uweks. Seeeeeeee, aku sangat menjaga perasaan semua orang kan? :p Haha murni kan perangai aku.


Perut still lelemaks macam mengandung. Haha. Tapi kalau pakai baju tu takdela nampak pun lemak-lemak. But kita sendiri yg tengok, adoii buruk nyaa :'( Haha mati nafsu laki aku tengok perut bini dia. Huahua. Tapi buncit itu sexy, kan? :p Aku taktahu berat terkini aku. Last check, berat adalah 61.5kg.. 2 hari sebelum edd. Hahahaha. Tersasar sikit. Bajet takmo naik sampai angka 6. Tapi takpela, redha jelaaaaaaaa. Kiranya mengandung berat aku naik nak 11kg macam tu. Huaaaaaaaaaaaa, padahal Ayra cuma 3.23 kg je. Eh kira normal la kan berat Ayra tu. Macam tak sangka sebab perut aku kecik je time pregnant. Hehe. Sebut pregnant, bersalin, now ada anak.. rasa macam wanita sangat. Haha sape sangka orang kepala tak betul yang still perangai macam budak-budak macam aku boleh jadi emak? :p Haha semua pun boleh berubah jadi matang, ni lagi-lagi ada anak, kematangan tu akan datang sendiri. Percayalah. Benda yang kita tak sangka boleh buat, tetiba boleh. Wahhhh kemain lagi bercakap. Kahkahkah. Poyo.



Yang sebenarnya aku penatttttttttttttt sangatt and tak sabar nak balik Selayang. Hihi. Padahal last week dah balik Selayang pun :p Tunggu habis pantang. Nak tengok duniaaaaaaaaaaaaaa!! And now aku tak pakai kain batik semua-semua. Haha aku pakai je seluar, senang :p Tapi stokin tetap pakai. And mama Wan ada bagi premium beautiful, ketat nak mampus! Haha, nak cantik memang seksa kan? Bengkung biasa pun, kalau malam aku tak pakai dah. Sebab rimass :p Haha. Nak perut kempis tapi takde disiplin. Acane? Ahaha.


Dah! Ayra dah bangun. Streess bermula! Huahuahuahua. Minah ni nak didodoi la tu..... Apa tangan aku ni spring kaaaa? Hahaha. Zasssssssss.

No comments:

.