Asyik-asyik cite pasal Ayra je. Hehe. Dahtu je aktiviti aku hari-hari. Serius jaga budak kecik memang memerlukan kesabaran yang sangat-sangat. So far alhamdulilah aku boleh bersabar time Ayra meragam. Ada dua je, kalau aku dah penat sangat.. aku ketawa or menangis. Kiranya takdela sampai nak campak budak tu ke apa. Tu gila namanya.
Kadang-kadang tu bajet dah terer time nak tukar diapers Ayra tak payah pakai changing mat segala, sekaliiiii budak tu terkencing la pulak. Habis basah! Haha time tu aku boleh ketawa. Tapi kadang-kadang tu nangis :p Yela penat, sengsorang pulak tu. Tapi kalau aku kat hall bawah ni, tendency nak nangis tu kurang sikit la, kalau aku kat bilik atas, yeeeeeeeeee memang cengeng jadinya. Hahaha.
Memang betulla apa yang kita buat time pregnant aku mempengaruhi anak. Haha. Contoh si Ayra ni, time tidur dia serius serupa time tidur aku time pregnant dulu. Haha. So nak marah macam mana? Aku yang buat dulu. Pagi,dalam pukul 5lebih ke 6 dia bangun, dodoi2 la sampai pukul 7 mcm tu.. and dia akan tidur sampai pukul 12 tgh hari. Mandi-mandi semua. Gila lambat mandi :p Petang adalah dia tidur kejap sampai dorang semua balik kerja. Maghrib berjaga. And dalam pukul 8 sampai 10 mcm tu dia akan tidur balik, tapi lepastu terbangun. 1 2 pagi baru tidur. Hahaha sebijik mcm pola tidur aku dulu. So now rasakan laaaaaa :( Tapi time pregnant aku adalah sangat berdikari, so harap-harap Ayra pun akan terikut independent jugak. Hui~
Haha tapi orang cakap baby dalam hari memang perangai mcm tu, menguji kesabaran sikit. Nanti dah habis pantang baru tidur dia akan okay. So harap-harap tak terus mcm ni la, stress mak kau :( Boleh jadi gilaa. Haha. Dahla aku ni jenis dia gerak sikit pun dah gelabah. Padahal budak tu mengeliat je pun. Haha.
Eh orang dalam pantang boleh makan murtabak ke eh? Haha. Aku dah makan. :/ Sekarang nak makan char kuey teow, tapi tu sah-sah tak boleh kan? Ada kerang. Heee. Mengada. Sabarrr!
No comments:
Post a Comment