img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, February 4, 2012

Urut.

Baru lepas berurut. Aku tak pernah berurut langsung sebelum ni, so this is the first time gitu :p Haha. Makcik urut yang sangat peramah. Aku rasa nak tidur je time diurut sebab best tapi kena gak layankan dia bercakap. Adoila :p 


Makcik tu cakap aku kena berjaga-jaga sebab hormon wanita aku sangat tinggi. Uiks? Aku rasa aku ni dah cukup jantan tau :p Haha. So, untuk langkah keselamatan...... pakailah protection ye :p Huahua. Dia cakap aku ni jenis senang lekat, senang nak dapat anak. Alhamdulilah la macam tu....... Tapi untuk menambah dalam masa terdekat ni, oh TIDAKKKKKKKKK! Heehee. Etlis, kena tunggu aku habiskan degree, baru boleh tambah baby. :p Huahua. Anak sorang ni pun dah buat aku huru-hara, ada hati mahu tambah lagi :p Ahahks.


Lagi makcik tu cakap aku, aku ada merian batu. Merian ke apa ntah dia sebut tadi. Ada dua jenis, batu and bunga. Kalau bunga, susah sikit..lambat hilang. Akan efect ke sendi kalau tak diurut. Kalau batu lak menyebabkan kemurungan. Tapi merian batu cepat hilang. Alaa, benda ni kat perut tu, kat peranakan. Apa eh merian??  Ntah, tak pasti lak term yang sebetulnya. 


Oh ye, makcik tu gak puji perut aku :p Walaupun gedebeh-gedebeh. Haha dia cakap, perut aku cantik. Kembang kejap :3 Kuikui. Sebab takde merekah-rekah kan. Tengok laa perut sape, sape yang jaga. I kan masa mengandung sangat behave kalau nak mengaru-garu ni :p Haha. Tapi sedih la tengok perut sendiri. Semalam time menetekkan Arya, aku ingat tangan dia kat perut aku, rupanya lemak kat perut sendiri. Terus rasa nak nangis T_T Hahaha.











No comments:

.