img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, March 7, 2012

Patah Seribu

Aku sangat adicted dengan lagu Patah Seribu ni. Haha ntahla, rasa macam syahdu je. Aku try taknak dengar lagu sesedih ni, nanti dapat aura sedih. Tapi lagu lagu ni macam layan je seronok jugakkk. Macam lagu tu ditujukan khas untuk aku.. macam ada orang memahami perasaan. Haha. Apa ntah aku merepek. Lalalaalala~


Haha nak tahu tak pagi tadi aku berjaga cuma pukul 5lebih sampai Subuh je. Sebab time tu bagi Ayra susu, lepastu dia takmo tidur mata terbuntang je. Ayra tidur dari pukul 11 malam okey. Adala jugak dia gerak-gerak, tapi tepuk-tepuk tertidur. Nice kan? Lepastu, nenek Ayra pulak take over jaga dia. Haha, adala ni baru setengah jam pegang dia tadi, lepastu nenek dia ambil balik T___T Senangnya mama ni :p Duduk ralit online, kol orang sana sini. Hihihi. Semua pun nenek dia nak buat. Nak tukar diapers Ayra pun, nenek buat. Haha. Aku tak suruh langsung, aku kesian adalah. Kan aku tak suka susahkan orang, tapi dah aku disuruh rehatttttttttt sahaja. Perghhh! Best nya berpantang macam ni :p:p Beranak 10orang pun takpe. Huahuahua.


La ni aku dah berani nak dudukkan Ayra kat nursing pillow tu. Alahai kiut je dia tersandar. Langsung tak nangis. Nak kena belikan dia playgym takpun softtoy ke apa.. bagi dia main-main. Haha alasan nak bershoping :p Oh ye, jiran-jiran kat sini semua sibuk melawat Ayra, hehe. Yela dah sebulan lebih baru Ayra balik sini kan. Jiran-jiran datang bawak itu ini, masyukkk anak mama. Dah boleh la buat account. Masukkan duit orang bagi tu. Haha. Kang lama-lama, mama terguna pulak :p:p 


Bila orang tanya nama apa, then bagitau la Ayra.. mostly mesti macam haa apa? pardonn. Susah sangat ke nak sebut perkataan AYRA tu? Haha. Adoi, aku ingat tu dah paling simple laa. 4 huruf je pun. Rupanya masih ada yang berbelit lidah nak sebut. Siap ada yang cakap, panggil Umairah jela. Eh? Sesuka kau je. Haha. Ni anak kau ke anak aku :p Kihkih. Aku tak kisah pun, panggil jela apa-apa, asalkan makna yang elok-elok. Tapi ada jugak yang buat aku panas, siap cakap letak nama anak Ayra tu ada makna ke? Hamboih makcikkk, mulut tu kasi cili nak :p Ayra tu maksudnya terhormat. Batrisyia pulak cerdik/pandai. Huh. So aku harap anak aku besar nanti jadi orang yang terhormat, dihormati, and jadi orang yang cerdik bijaksana jugak. Hihi. Semua emak nak terbaik untuk anak dorang kan? Yelaa letak nama yang elok tu kan tanggungjawab makbapak. 



HAHAHAHAHAHA
Aku sebenarnya nak tulis benda lain, tapi alih-alih cerita pasal Ayra jugak aku tulis. Apakah?? Macam aku sorang je pulak ada anak :p Huahuahua

No comments:

.