img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, March 20, 2012

Tajuk takde.

Last week aku jumpa kawan lama aku, masa tengok wayang tu. Dia memang terkejut gila tengok aku, siap tanya betul ke kau dah bersalin ni? Macam tak je. Haha. Aku tanya dia, ada gaya mcm anak dara lagi tak? Hiks.  Banyak jugak lah benda yang diborakkan, since memang lama giloos tak jumpa. Yela sepanjang aku pregnant, aku kan kena kuarantin tak boleh ke sana ke sini. HAHA. Boleh keluar dgn Wan je. Heh? 


Ada satu tu dia tanya, mcm mana kau boleh bersalin eh? Kau nangis tak masa tu? Kau ni kan kalau tersepak batu sikit pun lepastu berdarah dah macam sakit nak mati je.. Huahua. Aku sendiri pun tak percaya aku dah bersalin. Hehe. Btw, aku tak menangis okay masa time nak bersalin. Eh ada nangis sikit tapi tu bukan sebab sakit, tapi sebab lain. Huh! Takmo ingat. Haha. Aku rasa masa dalam labour room tu, aku dah teramat sakit sampai tak boleh nangis. :p Aku relakan je apa yang bakal terjadi, dah takde perasaan malu semua takde langsung. Hahaha. Kau nak seluk ke, kau nak buat apa ke, silakan, yang penting aku taknak ada contraction. Ehhe. Kan sebelum bersalin kengkonon aku malu lah kan kalau nurse nak tolong pakaikan pad la, bersihkan kita la, semua-semua. Tapi serius time lepas bersalin tu, aku langsung takde rasa malu apa. Haha, yelah kita sakit kan? Apa ada hal, takde masa nak fikir malu-malu kejadah tu semua. Haha taktahula orang lain, kalau aku mcm tu la :p


Kawan aku tu cakap, aku ni manja, tu pasal dia mcm ragu-ragu and susah nak percaya aku adalah seorang ibu ibu sekarang ni. Haha, eh dah jadi emak tak boleh manje ke? Haha. Dia kenal aku masa zaman belajar, memang la, zaman tu budak-budak lagi, hingusan, sekarang ni.. matang jugak kot? Tapi sikit jela. Haha rileks la baru 22, takyah nak matang sgt-sgt, nanti tak fun :p Plus kengkawan aku semua tak habis belajar lagi, tak kahwin lagi, yang bertunang tu adalah 4 5 orang baru.. so mcm tak best la kalau aku bawak watak emak-emak bila dgn dorang kan, mesti mcm boring je. Hihi. Nak update status kat fb pasal anak pun, nak share apa-apa pasal anak pun, macam hmmmm kalau share pun bukan dorang ada pengalaman apa. So boring~ :p Haha tapi aku tetap update pasal Ayra jugak, haha lantak la ada aku kisah. Ahaks.



Lagi 6 hari Ayra 2bulan! Yay. Haha. Nak bawak cucuk, tak sabar. Haha boleh lak mcm tu? :p Padahal time anak kena cucuk, dah nyorok2 takmau tengok. Ala tapi buku rekod dia kat BTP pulak. Haih. Bila mahu kesana dan ambik pun taktahu lah. 


Si bulat cinta hati selamanya :")
HIHI





















No comments:

.