img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, April 22, 2012

Nak.TakNak.

Ayra ni awal-awal dulu pakai Mamypoko. Lepastu pakai Huggies. Now masih pakai Huggies, tapi aku dah gatal tangan nak beli Drypers, sebab murah kot. 84pc baru berapa sen. Tapi, Drypers macam tak kemas je, serabut aku tengok. Haha. Maybe sebab dah biasa Huggies kan cutting dia kecik sikit and dia takde plastik2 extra ke apa ala susah nak explain.. Kalau tengok boleh tahu la kot. Bila pakai Huggies kemas je cantik kat bontot, same goes dgn Mamypoko cantik je.. tambah-tambah ada kartun kiut. Lagipun Huggies murah jugak :p Eh Mamypoko pun nampak je mahal, tapi sebenarnya Mamypoko selalu buat sales (discount), kena rajin sikit la, cek kedai sana, kedai sini.. Hehe! Sebab bila sales, harga memang murah sikit la..


Tapi kan, kan sekarang ni Huggies macam dah tak berapa okay la untuk Ayra sekarang. Sebab ada 3 4 kali dah bocor. Hehe! Ke sebab aku pemalas nak menukar diapers? Miahaha. Aku cuma tukar pagi, petang, malam. Haha! And kalau dia berak. Pemalass kan? Tapi ruam-ruam ke apa semua tak pernah lah. Berak bocor pun tak pernah lagi lah.


Aku nak try pakai Petpet, dah lama dah teringin. Haha. Boleh teringin lak eh? :p First sebab aku banyak baca review cakap petpet okay, then petpet pun murah. Tapi mak aku over cakap tak elok tak elok. Haih la emak? Sebabnya dulu 10tahun yang lepas, adik aku pernah la dipakaikan petpet, sekali tak sesuai dengan dia, bocor la itu la ini la.. tu yang mak aku fobia. Haha, tapi masalahnya tu 10tahun yang lepas? Time tu yang sesuai dengan bontot adik aku cuma Drypers. Bontot baby lain-lain kot -________-


Anak jiran  depan rumah aku ni pakai Hey Baby. Haha over kan aku menyiasat anak orang pakai apa semua. Eh takdelah, mak dia yang bagitau, so aku tengok-tengok la diapers tu macam mane.. macam okay jugak. Budak tu pakai pun takde rash, bocor or apa. Macam nak try jugak :p Haha semua benda aku nak try.


And jiran aku ada bagi diapers anak dia (Adam) kat Ayra ni, sebab si Adam dah tak muat, so dia bagi laa. Dah lama jugak kot diapers tu,  Adam pun sekarang dah pakai L, diapers yang dia bagi tu saiz S, taktahu la cap apa, sebab dia bagi dalam beg biasa... and aku try pakaikan kat Ayra, pun okay je. Cuma cepat penuh lah -___-  Aku tanya la mak si Adam ni, diapers tu brand apa, dia cakap Adam ni tak pernah pakai diapers memahal. So kat sini, aku rasa bontot Ayra ni memang boleh masuk dengan semua, bukan bontot mahal :p Hehe! Good! Mummy likeeee........


Hehe! Ni sebenarnya tadi aku pergi Pureen Warehouse, ada nampak diapers Pureen. Balik rumah tanya mak aku okay tak kalau nak beli Pureen.. Mak aku kata suka hati lah, dia dulu pernah try adik aku pakai, tapi adik aku tak sesuai. So dia pun menakut-nakutkan aku, cakap nanti bontot Ayra merah-merah padan muka. Hahahah! Mak memang suka psiko orang T__T Aarghhhhhhhhh tapi murah kot???? M84, rm31...... Hehe! Masih ku ingat harganya ;) Nak beli taknak, nak beli taknak...... wuwuwuwwuuuuuuuu.


Dahla, nak tidur.


To Encik Wan, malam ni tidur kita mimpi duduk kat rumah yang view cantik tu okay? Hahahah. Mampu dalam mimpi je -____- Selamat bertemu. Ayra Batrisyia pun dah tunggu di alam mimpi tu.. Gudnite ;)


























1 comment:

D Yatie said...

saya suka juga dengan huggies sebab sangat kemas dipakaikan pada Arissa. tapi sekarang pakai drypers (murah dari huggies), ok cuma look tak kemas. n tak berapa nak boleh pakai semula sebab pelekat tuh. huhuhuhu.

.