img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, April 13, 2012

Tak fun!

Sejak lepas bersalin, baru 3kali aku tengok movie. Haha. Kalau sebelum ni, tiap-tiap minggu macam perkara wajib, apa je cerita baru, mengelupur nak tengok, padahal boleh je download kan? Hehe! Suka membazir. Hish.

Banyak benda berubah bila ada anak.

Keluar rumah, tak boleh nak balik lewat pagi. Kalau dulu, sesuka hati je nak balik, selagi tak pukul 2 3 pagi taksampai rumah. Huh! Kadang-kadang tu, dah nak subuh baru reti balik rumah. Hehe! Boring kot duduk rumah? Kau tengok aku, aku tengok kau. Haha. Silap-silap boleh bergaduh je macam tu. :/ Aku dengan Wan kan bergaduh dan sentap-sentap ni hobi kitorang. Muahaha.


Sekarang ni, balik pukul 8pm pun aku dah rasa lewatnya.. lambatnya.. Haha. Macam makcik-makcik. Tak fun langsung! :p Tapi nak buat macam mana, dah jadi emak kan? Kena la sesuaikan diri dengan keadaan. Kalau kita keluar-keluar, balik malam-malam, kang ada benda yang mengikut ke apa.. Dah sudah, dah la kita ada anak kecik. Not good. Hehe! Khurafat eh percaya benda-benda macam tu? Ntahlah, aku ikut je cakap orang tua, kalau ada anak kecik-kecik ni jangan bawak keluar memalam semua. Takut jadi apa-apa. Bukan mintak, tapi tak salah kalau mendengar nasihat. ;)


Ayra ni pun, jarang sangat la dibawak ke sana ke sini. Haha. Kesian anak aku terperap duduk dalam rumah je. Tapi tiap-tiap hari akan masukkan dia dalam stroller pusing depan rumah. Haaa jadilah ye nak? Dapat jugak tengok matahari. ;p Tunggu dah besar sikit, baru la lenjan bawak ke sana ke mari. Tapi bila dah besar, lagi la oh em ji mesti susah nak bawak kan? Haha. Lagi-lagi bila dah pandai berjalan, maunya main kejar-kejar dalam mall nanti. T__T First mall yang Ayra pernah pergi, Festival City kat Danau tu. Hehe! Tu pun masa dalam pantang lagi, gigih je nak keluar. Dengan Ayra berbedung, masa tu dah la hujan rintik-rintik. 

Eh,

Malam ni malam Jumaat kan?
Hehehehehehhe.
Masih belum cukup 100 hari. Wahaha ;DD

No comments:

.