img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, May 24, 2012

Menaip sambil mengantuk.

Semalam mengemas baju-baju si kanak-kanak. Sebab kotak baju tu dah penuh, dah tak boleh tutup. Jadinya kena asingkan lah benda-benda yang tak guna dah. Mitten, booties, barut, etc. Dahla takde almari baju lagi untuk si kanak-kanak tu. Huuuu~ Kemas jugak segala toiletries, bedak-bedak lotion segala yang seangkatan. Hehe tetiba mood rajin kan :p


Bedak, lotion, tu semua aku taktahu la bila akan habis. Hehe. Botol besar-besar lak tu. Aku sekarang ni guna Jonson&Jonson je. Yang besar tu, tu pun baru tak sampai separuh guna. Adeh. Kang biar lama-lama yang lain tu bau hapak lak. Macam tak menghargai pemberian orang pun ada. -__-


Baby wipes..... so far pernah guna tiga jenis. Anakku, Pureen, Kiko.  Anakku aku dah lupa texture nya macam mana. Pureen tu, guna yang dalam botol pink, bagi aku nipis.. tak kisah la, orang dah belikan, ambik je la kan? ;p Tapi dah habis dah pun 2botol. Sekarang guna Kiko. Kiko tebal, aku suka. Hehe. Eh tapi ada jugak Pureen yang dalam pack biru tu, belum guna lagi. So taktau la tebal ke nipis. Heheee.. Habiskan yang ada dulu.


Lampin, aku beli 1pack je. Ada 10 ke 12 helai ntah. Dulu ingatkan tak guna, tapi rupanya berguna jugak. Hehe! Nak bedung-bedung baby ke, nak lap ke, lapik itu ini. Dalam buai pun guna kain lampin nak lapik. Aku tak pernah la letak kenit camtu je dalam buai. Dalam buai tu, letak bantal besar, lepastu lapik dengan kain batik/lampin, baru la dia baring atas tu. Buai dia penuh dengan macam-macam. Haha. Bantal besar, bantal kecik, selimut, yassin, toys gantung-gantung. Semak je aku tengok. Tapi takpela, as long as si kenit tu happy sudahla. Haha.


Aku tertanya-tanya, ada lagi ke orang guna lampin sekarang ni? Bukan cloth diaper, tapi lampin. Macam takde je kan? Semua pun nak senang je :p Terutamanya orang macam aku ni lah, pemalas. Eh aku ada beli nappy liners, hahaha! Aku tak tau apa kegunaan benda alah tu, tapi aku beli. Elok lagi, tak guna, tak bukak pun kotaknya. Tapi aku rasa benda tu guna dengan lampin kain tu kot? Ntahla. Malas lak aku nak membelek apa fungsi benda tu. Nasib baik la murah je.



Time kemas-kemas tu, aku baru sedar anak aku tu cuma ada 4helai je baju lubang-lubang. Haha! Sikitnya! Aku rasa macam susah je nak carik baju lubang-lubang ni, anakku macam tak banyak pilihan baju lubang-lubang. Kat parkson pun. Ayra mana mampu nak beli yang cap mahal-mahal.  Tapi Ayra banyak baju nampak ketiak.. Tak dapat beli lubang-lubang, beli lengan pendek/takde lengan jela. Musim panas kan sekarang ni. Hehe! Dahla minah tu ratu peluh. Kesiaaaaaan anak aku.


Hm sebut pasal toys, aku taktau nak beli toys apa untuk budak tu. Lamaze? Aku tak berminat. Haha. Hari tu ada la tengok lamaze yang ulat gonggok tu, haha aku siap picit2 segala. Macam tak fun je? Tapi taktau la untuk baby, kot nya suka sebab kaler-kaler bunyik semua tu. So sampai sekarang kalau sebut pasal toys aku jadi blur. Haha, bila Wan cakap nak beli toys pun sebab kesian anak dia takde menan, aku cakap takyah beli, baik beli buku. Hahahahah! Macam sekarang ni pun, kalau tunjuk flashcard ke apa tu, dia tenung je gambar. Tenung jela sampai terjojol bijik mata, mak tak kisah. :p Baby memang cepat belajar la rasanya. Hehe! Cuma malas/rajin je nak mengajar. Haha. Macam aku banyak virus m, adeh. 


Eh kenapa kanak-kanak suka upin ipin eh? Haha! Kadang saje bukak upin ipin, mengekek kenit ketawa. Apa yang menariknya ntah. Kalau pasang nursery rhymes, baby song ke apa, pun sama, khayal je. Haha! Bila dia khayal, haruslah aku gembira, boleh bersenang lenang. Ekekeke. Macam sekarang ni :p


KENAPA AKU SEKARANG NI ASYIK NAK CAKAP PASAL ANAK JE?? HAHAHA MACAM AKU SORANG JE PULAK ADA ANAK KAN. HUAHUAHUA. EXCITED TERLEBIH-LEBIH, OVER. DAH PATUT TUKAR TITLE BLOG: CERITA PASAL ANAK. Kihkih~ 




Eh macam syok pulak fonts jadi besar nih. Haha! 
Ayra Batrisyia dah lama tidur. Aku lak, terkebil-kebil tahan ngantuk, sebab nak habiskan tengok hindustan kat tv2 nih. Hehe! Hari ni dah khamis, esok jumaat. Sabtu Ahad, nak kemana eh? Haruslah keluar bersukaria :p Hari sabtu, besday anak ke-4bulan. Nak makan kek ahh~ Chocolate indulgence pun boleh~ Yummy! 

















2 comments:

Mimy Hamid said...

nappy liner tu akak guna untuk lap lap kotorn meja aje..hihihih..sudahnyeeeeeeee

.:Yana:. said...

memang cam tu la kalo org ade anak..sampai anak tu besar dok cite pasal die..itu adelah lumrah... kalo org tak mo bace leh pangkah jer..

saye suke jer bace blog2 pasal anak2 org lain..at least leh tambah pengetahuan dan dapatkan pandangan dari ibu2 lain..(^_^).. tak gitu???

.