img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, July 19, 2012

Hari Rabu.


Aku rasa hari ni Ayra dalam keadaan mood yang baik. Sepanjang hari bawak dia keluar, takde nak cranky-cranky, meragam apa.

Bangun pagi pukul 9lebih, siap-siap. Janji dengan member nak main boling pukul 11am. Kenapa pagi? Sebab nak murah, 4games=rm10. HAHA. Tapi aku sampai pukul 11 leboh kot? Actually dah nak sampai awal, tapi bila call member tu cakap dia baru nak odw, tu yang pergi tempat lain kejap :P Hehe. Ala bawak Ayra jumpa atokrawang.

Dahlama gila tak main bowling. Last main masa 8bulan pregnant, haha kau mampu? Orang lain time 8bulan takdenya perangai macam aku dah. Kuikui... Ni pulak main sekali 4games, huahua memang sakit la tangan. Guna bola 7/8 je. Hehe..

Lepas habis games, makan semua. Dah sudah taktahu nak buat apa. So ajak Wan pergi Tasik Seri Gombak. Kahkahkah. Dahtu takkan nak pergi Titiwangsa lagi kan? :P Tapi serius boring gila kat situ, apa pun takde. Dahla panas.

Pastu sebab boring gila, ajak Wan pergi Taman Layang-Layang lak.. Hehe! Duduk tepi tasik, angin kuat. Sejuk je.. Saje nak habiskan masa sebenarnya, sebab nak tunggu makWan abeh kerja. Mak dia habis kerja pukul 4.30, tapi tadi ot kot? Sebab keluar pukul 5.30. Hehe! Mak dia pun kerja kat hospital jugak, cuma mak dia bahagian admin. Dapatla Ayra jumpa nenekrawang jap tadi.

Haha, tu je kisah nya.  Tapi aku rasa macam okaylah, sebab ayra langsung tak meragam, walaupun keluar masuk kereta semua. Nak tidur pun, dia tidur je. Masa aku main bowling pun, elok je dia tidur. HAHA, tidur di pangkuan si bapak, kesian kebas kaki :P  So pasni boleh bawak jenjalan lagi :D Tapi janganlah asyik buat muka pelik je :/ Sila buat muka mesra alam........ Hihi.



Baju rm10 beli kat Pureen hari tu. :P
Bersama mainan picit-picit yang dah jadi sahabat baik, 24jam bersama, haha takde mainan lamaze2 semua :)


No comments:

.