.Lalala.
Monday, July 16, 2012
Spiderman
Lepas aje pergi Pureen tu, perut lak berkeroncong. Yelah tak makan kan. Hehe. Terus aku pening kepala. Dahla jalan jem. Nice. Pening kepala+jalan jem=rasa stress=nak marah. HAHA. Macam aku lak yang drive.....
Pastu gedik nak makan nasi campur kat kampung bharu tu. So nak taknak terpaksa gak la redah kl. Benci. Dah makan, tetiba kepala pun okay :P Haha macam mana nak puasa ni? Sikit pun taktahan. Kang tak pepasal drive thru lagi macam tahun lepas. Kuikui. Eh tahun lepas ada alasan, sebab aku memang time puasa tu still muntah-muntah dan melembik. :S #mengandung.
Lepas makan, apa lagi, haruslah buat aktiviti kegemaran kan. Tengok movie, Spiderman :P Asal tengok movie, mesti kat TS. Huahuahua! Dulu suka kat Mid, pastu masa mengandung berubah tukar kat Ou (parking murah), atau TS. Sekarang TS balik. Apa-apa sahaja la..
Since kitorang tengok je kat TS, tapi takmo parking kat TS sebab perhour kan :P Kitorg nak parking yang perEntry. So, kena la tunggu after 5pm.. baru la ada parking per entry. Ehhe..
Macam mana cite spiderman tu? Aku takreti la nak bagi review yang wow! bestnya.. Haha sebab bagi aku semua cerita biasa-biasa je :P Takdela sampai ke tahap seminggu dok ingat cite tu je.. Macam cite Twilight, perempuan lain semua cakap, best kan? Tapi aku rasa cite tu bosan. Kihkih. Tapi okay lah spiderman ni, takde la rasa membazir nya aku beli tiket baik aku download. Pasni Batman pulak? Huahua. Ingatkan dah ada anak, aktiviti tengok movie ni akan stop.. tapi takdepun.. stop time aku pantang tu je.. Haha... pastu dah macam biasa.. keluar deting berdua. Eh tinggal anak? Alaaaa, jeles la tu, sebab aku boleh tinggal anak dengan mak aku :P Hehe..
Teringin nak bawak Ayra masuk cinema. Tapi tulah, aku risau tetiba dia uwaaaaaaaaaaaaa uweeekkkk kat dalam tuh. Dah sudah.. Mesti orang lain akan rasa annoy. So better aku tunggu dia besar sikit lah kot. Tapi kalau nak try jugak, boleh la bawak pergi kat tempat yang tak ramai orang macam Brem Mall. Haha. Takpun Selayang Capitol ke. Kahkahkah! Aku sendiri taknak tengok kat situ, pastu nak bawak anak pergi tengok? Puih..
-Aku suka kumpul tiket wayang yang kitorang tengok. Dengan harapan 50tahun akan datang, tiket tu jadi barang rare, pastu kot ada yang berminat nak beli.. boleh la aku jual. HAHA. Mana la tahu kan? #imaginasi tak boleh bla. So kiranya ni boleh dikategorikan sebagai hobi jugak lah kot. Sebab aku siap ada album untuk letak tiket-tiket tu semua :P Huahuahua! Orang lain kumpul setem, aku kumpul tiket wayang. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ala..tiket wayang cepat pudar tulisan nye..
Post a Comment