img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, July 27, 2012

Taktahu apa yang kelakar, tapi kelakar.

Dulu......Gambar ni adalah sangat kelakar untuk kitorg berdua. Tetiap kali tengok gambar ni, mesti gelak tak boleh nak cover. Keji kan perangai makbapak ni, gelakkan anak sendiri. Haha.. Dahla masa dalam pantang kan mencabar je, elok Ayra tidur, sesenyap Wan sua ipone kat aku, terpampang gambar si kenit ni, terus aku nak tergelak, kenit pun terbangun. Sigh* Bengong. Haha.





Aku taktahu apa yang kelakarnya, tapi aku tak boleh tengok gambar ni.. adeh.. sakit perut gelak. Maybe sebab hidung oversize. Kahkahkah.. Tapi normal la kan, baby baru lahir muka cam lebam-lebam sikit, merah-merah..muka pelik-pelik. Hehe! Ayra lahir with vacuum assist, orang cakap kepala akan lonjong sikit. Haha.. Takpela, yang penting dah selamat pun, sihat.. alhamdulilah.


Ha, ni yang terbaru. Tadi :) 6bulan sudah!


Dulu baru-baru lahir, agak gelap.. sampai kan aku rasa nurse salah bagi baby ke apa ni. Haha buruk perangai! Macamkan kau putih je. Padahal diri sendiri time pregnant kemain lagi suka tengok lelaki berkulit gelap. Hahahahah! Dahtu adik aku siap cakap lagi, ayra ni hitam lah. Haha kwangja kau dik, mentang-mentang kau putih, tapi lelaki kulit putih apakes?? Tak macho la der ... :p Sabar je la aku...



Tapi bila dah besar ni, ramai yang cakap.. eh dah cerah pulak dia ni.. lain dah.. pipi dengan rambut je sama macam dulu... pipi tembam, rambut takde. Kahkahkah..


Aku tak kisah pun macam mana, tetap comel je kat mata aku. Haha. Well biasalah mak-mak kan? Anak sendiri la yang tervavoom :p Tapi takdela sampai ke tahap, jumpa orang lain pun nak poyo-poyo cakap anak sendiri terbaik. Hehe! Puji sendiri-sendiri je :p Kita-kita sudahlah kan.. 


Ala, nanti dah besar pepandai la nak cantikkan diri sendiri kan, nak kawen dengan anak raja kan? Mekap 10inci, terusla cun. Wahaha. Mak eh ni mengelabah nak bermenantukan anak raja.. Pui! Tak sedar diri. :p 








2 comments:

aTy _faRed~ said...

anak aty dulu mase lepas2 beranak putih melepak..tapi lepas 2-3 hari jadi gelap..tapi ni dah masuk 3 bulan lebih tetibe jadi putih baik..adik beradik semua dah pelik macamane ley putih macam tu..huhu

KUREKURE COMEL said...

comel je ayra...kan ayra....mata kemain bulat....

sy kalo org komen mcm2 kat anak...
sy ckp cmtu lah...dah besar nnti pandai2 la jaga kan...hehehe...

.