img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Sunday, August 26, 2012

Drama tv3, tujuh bulan.

Baru pas nangis-nangis ni. Hehe. Tengok cerekarama kat tv3 tadi.. sedih pulak. Anak dah tidur tu yang menghayati drama lebih. Huhu. 


Sebab duit, sebab stress, sebab tak reti nak kontrol panas baran, sebab jeles.. kesudahnya bini jadi mangsa.. kena pukul lebam sana sini, dahla bini tengah sarat mengandung. Yang sibini berharap agar sisuami boleh berubah.. demi cinta, demi anak.. Masalahnya boleh ke berubah? Wallahualam.. Hendak seribu daya taknak seribu dalih.


Semua orang ada masalah, semua orang pun stress. Tapi kita ada akal kan. Boleh berfikir. Janganlah nak ikut nafsu sangat, ikut perangai setan. Hmm.. Semua orang boleh nak marah, tapi kalau marah-marah baran sana sini, boleh menyelesaikan masalah ke.. takkan. Berdamai lagi elok, bincang baik-baik.


Aku pun tak berapa faham dengan manusia yang senang sangat nak melenting nih. Silap sikit je dah nak memaki. Yang rasa diri sendiri aje betul. Dah kalau macam tu, duduk jela kau dalam hutan, duduk sengsorang.. takde la kau stress dengan orang lain. Kalau kau stress dengan harimau ke singa ke dalam hutan tu, lantak kau la.. silap-silap kau yang jadi makanan haiwan tersebut. Hehe.. Setel masalah.


Bila dah kahwin, aku rasa tak perlu lah nak jeles pasal kehidupan masa lampau. Untuk apa jeles? Bukan boleh ubah fakta pun. Benda dah jadi. Biarkan jela. Teruskan hidup yang akan datang lagi bagus. Takyah nak serabut fikir.. ala dulu dia dengan ex dia camtu, camni.. dengan aku takde pun.. alahai......  macam bebudak baru nak belajar bercinta je nak jeles macam tu. Kalau dia tak sayang kau, takdela sampai mengandung bla bla.. Lagipun, sekarang dia dengan kau kan.. Siang kau pukul, malam kau carik dia jugak. Best ke time main-main tu tengok badan bini lebam sana sini, sumpah kau loser gila takde perasaan..


HAHAHAHA 


Okaylah melebih-lebih lak nak emosi aku ni. Tapi seriusly la, benda  ni bukan setakat drama dalam tv, dalam kehidupan realiti pun ada je manusia perangai camni kan.. 


Eh hari ni 26hb.....


Happy 7mo budak kecik :))








2 comments:

Wawa said...

ayra da makin besar!ingat dlu bace entry "pop!"...hahaha...:p

Mimy Hamid said...

ayra dah pandai duduk...wahhhhhhhhhhhh cepat

.