img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, August 18, 2012

Hadiah Dari Ayra untuk ibu di malam raya..

Over tak tajuk? Aku pun taktahu, tetiba eh..... anak aku dah merangkak? Haha..


Cite camni.. kan aku pakaikan si kecik tu stoking doplohpatjam.. sekali balik kampung hari khamis hari tu.. nenek aku tanya.. dah merangkak belum? Aku cakap lah.. belum.. baru boleh duduk.. :)) Pastu nenek aku pun cakap.. ni berstoking memanjang, licin dia nak merangkak, cuba cabut takyah pakaikan dah.. Haha.. 


Jadi sebagai ibu muda (haha aku rasa aku memag boleh sangat nak claim diri aku emak muda kan, sebab aku baru 22 tahun :P).. Aku lak takde la jenis yang terlampau moden, internet dihujung jari maka orang tua dulu-dulu adalah bodoh. Hehe..No no.. aku bukan macam tu.. aku ikut je petua-petua orang dulu.. tapi idaklah 100%.. Yang aku rasa sesuai dengan anak aku.. aku okaykan aje.. :-P Orang tua banyak makan garam kan.. tak baik tau mengsampahkan petua orang dulu.. semua benda bersebab.. :)


Pastu sejak tak pakaikan dia stoking.. dia dah boleh la nak mengengsot kedepan dengan laju.. (sebelum ni gostan aje.. hihi).. Nampak la sikit perubahan... Kelajuan dia mengengsot tu kan... Angkat-angkat tangan.. angkat bontot.. Semua lah.. Dalam masa dua hari kot? Pasal bukak stoking ke eh? Cam tak logik pun ada. Haha...


Dan tetiba tadi.. tengok-tengok eh dia dah angkat tangan.. okay merangkak... walaupun takdela laju.. Boleh la merangkak sikit-sikit, pastu dia penat nangis. Hahaha.. Kelakar. 


Tapi aku rasa cam tak aci la pulak nak umumkan dia dah boleh merangkak, sebab merangkak ala-ala je.. So kalau nak cakap bila dia start merangkak.. aku rasa kena tunggu dia betul-betul dah terel jela.. Hehe.. Sikit hari lagi.. Sabar.. :)) Dah nak tujuh bulan kan.. memang dah time bebudak nak merangkak pun.. :)


Haha! Aku patutnya nak gosok baju raya nih.. tapi terstop jap singgap blog. Walaupun memalam raya ni, siapa aje nak baca.. Macam orang loser je online time orang lain sibuk bersukaria.. Hihi.. 


Seterika cam dah bau panas... hangit la pulak, haish.. malasnya nak gosok bajuuuuuuuuuuuuuuuuuu :S Hantar dobi boleh? hihi.. Mengada!


1 comment:

Wawa said...

Pasni cbok mengejar budak kecik tu je..haha!
Sebaek da gosok baju sblm balik kmpg..hihi

.