img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, September 19, 2012

Manusia kelakar.

Sesiapa manusia pun takkan faham perasaan seorang manusia yang lain.Takkisah la engkau ni dah jadi emak orang ke, perempuan sesama perempuan jugak ke, apa ke.. Mungkin boleh faham sikit-sikit la, tapi tak kan boleh nak faham sefaham-fahamnya. Faham apa aku taip ni? Hehe. Takperlu orang lain faham pun takpe, ceh psiko lebih. Hehe! Walaupun seorang pakar psikologi (ewah!) haha.. cuma mampu mengkaji, dan meramalkan, nak baca minda seseorang tu? Tidak, unless kau adalah insan terpilih.


Aku selalu dapat soklan ni dari kawan-kawan aku.. "tak kesian kat baby ke"
Nak kesian apa nya? Aku bukan buat benda bebukan tinggal sesaja. Aku pergi untuk study kot. Bukan pergi tak balik-balik, segala kelengkapan aku rasa aku dah sediakan.. eh bukan aku, tapi Wan.. stok diapers, susu, bla bla.. cuma bezanya, bukan aku yang jaga, tengok dia membesar.. tapi takpe, aku rasa kalau Ayra dah besar nanti, dia boleh faham kot apa yang aku buat ni semua.. Kalau dia berfikiran matang, insyallah takkan jadi isu. Takkan jadi isu la diabaikan, bla bla.. Lagipun kelas aku cuma isnin-khamis je.. heh dah kena tambah kelas hari khamis jugak, mencikk.. tapi takpelah, plus plus.. tg malim-rawang tu sekangkang kera je pun.. :)) pheww, kera la sangat.. hehe..tipu, tapi dekat la.. :-P dalam sejam camtu..


Pastu ada lagi  yang concern lebih "kenapa nak jugak sambung study, duduk rumah jaga anak jela.. orang lain yang dah ada degree pun tak kerja, jaga anak je.."
Itu sebab dorang dah ada degree, so backup dah ada, kalau jadi apa-apa, anytime dorang boleh mintak kerja kan.. yang aku? ternganga.. kerja apa lah sangat yang aku boleh dapat kalau takde education.. sedangkan yang ada degree pun gaji cukup-cukup makan jela..  takdela mewah mana.. biasa-biasa je.. nak jadi artis muka lak tak berapa siap :-P hehe.. so kena isikan otak dulu dengan ilmu.. wah ayat engkau, poyo je kan.. :-P


Ada jugak yang cakap "takyah belajar la.. apa kata kau buat online bisnes ke apa ke apa.. masyuk jugak.." Hm...... aku rasa tak secure lah, aku nak jugak pelajaran. Faham tak? Sekurangnya ada degree pun jadilah.. :/ Memanglah, ada je orang yang spm je, diploma je.. boleh je nak berjaya, tapi tu terpulang lah, kalau dah ada peluang, why not aku grab je kan.. lagipun aku muda lagi.. huhu.. lagipun, aku anak sulung, walaupun aku sorang je perempuan.. iyelah, anak perempuan bukan apa sangat, tapi.. aku tetap rasa.. aku ada tanggungjawab nak buat makayah aku bangga tengok aku.. etlis ada la jugak something.. walaupun takdela gah mana..


Aku sedar, kalau nak ikutkan hati nafsu perasaan, memang aku tak kuat.. hari-hari teringat anak. Gila apa nak lupa. Aku tak pernah pisah dengan budak kecik tu kot.. Tapi ni yang aku pilih, ni yang aku nak.. kena la berkorban kan? Hidup memang perlukan pengorbanan.. tak banyak sikit, tetap pengorbanan. Cakap jela apa sekali pun.. tanya jela apa pun, nak mengjudge aku ke apa.. aku dah malas nak tacing.. aku anggap engkau orang sayang aku, sebab tu sibuk je nak amek tahu apa aku buat segala.. I lap yuolss.. nah amek kiss dari aku :*..  Haha.


Ee sibuk lah! Ibu kita pergi study je kot, bukan pergi tinggalkan kita pun.. Lagipun kita okay je kat sini.. ;))








1 comment:

Mimy Hamid said...

Dengar cakap orang smpi bila tak kemana..takpe dik berkorban demi masa depan anak..good luck

.