img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, September 18, 2012

Movie.

The Posesion
Cite pasal orang kena rasuk. Sebab kotak apa ntah. Ada hantu eh roh ke apa ntah, nama Abyzou. Hehe! Tak seram, tapi aku tetap aje tengok sambil mata kalau boleh nak kecik je.. Hehe..


Sadako
Ni cerita Jepun. Tak seram, tapi saspen.. terkejut! Hantu dia cam bengong. Kihkih.. Aku ingatkan perempuan tu psiko ke apa, sekali errrrr.. entahla, ending dia dengan ayat camni.. ' segala yang hidup ni adalah berpura-pura'.. haha ayat ni salah, aku tahu salah. tapi lebih kurang camtu la.. ending yang aku tak faham.


Resident Evil
Aaaaaaaa benci! Macam takde apa sangat.. tetiba eh dah habis? Haha.. aku tak layan pun games ke apa.. cerita yang sebelum ni pun aku tak ingat aku dah tengok, bila Wan cakap-cakap.. ooo baru aku ingat. Haha.. tak penting pun.


I Miss You
Ni cite romantik seram kot. Hehe. Ingatkan cite seraammm sangat, sebab kan kalau cite hantu thailand ni seram dia lain macam sikit. Sape pernah tengok cite Coming Soon? Haaa cite tu seram. Tapi tengok tajuk, i miss you.. pun dah macam romentik2 kan.. Hehe takdela romentik pun, cuma cite pasal gf dia dah mati, pastu tak bagi sesapa nak ngorat bf dia tu... ending cite ni taktahula nak kata happy ending ke tak..haha biasalah, cinta perlukan pengorbanan? Sebab last2 bf dia pun mati jugak..




Bulan ni baru tengok cite ni je.. Perlu ke nak gitau, tu pun nak kecoh kan. Kihkih.. Ni namanya takdebenda nak tulis tapi gedik nak menaip jugak. Hehe! Sambil-sambil usha student portal, tengah fikir nak add subject menda la lagi.. Huhu.. Yang kalau boleh kelas takmo hari khamis dan jumaat. Hehe. Nak kelas tiga hari je :-P Kau pergi buat universiti sendiri la nurul oiii!! Dah dah, nak sambung baca nota.. next weekk quiz. Perghh quiz je pun, dahla nextweek, apahal ntah bersemangant nak baca nota, haha. Semangat la kunun! Puih.. Tapi yang sebenarnya mata ngantuk.. penat nak tidur....... :-P Hihi study dalam mimpi.


Gambar tuan tanah kedaung -peace gegar- duduk kat mekdi tapi makan kepsi, hantam.. mekdi ada wifi kepsi takde..

Aku rasa muka aku matured kot, tapi bebudak kat sini ni bila aku cakap aku dah anak segala, semua terkejut beruk. Haha....... Boleh lak dorang ingat aku sebaya dorang je.. Haha nak menjaga perasaan ke apa ntahla . cess :-p Tapi dorang cakap badan aku ni ha yang tak macam badan orang baru lepas bersalin. Haha part tu buat kembang sikit.. :-3 Padahal dorang taktau kalau aku terbogel depan dorang, nampak gak perut still buncit sikit.. :-/ Wahaha~ Bukan peut, peha pun besar..... Argh stress stress!! :-p











1 comment:

Aty Fared said...

Dah lame tak layan movie kat wayang..sejak bersalin kot...eeehhhh taaakk..sejak ngnsung..!!! Mase tu tak suker dngrnorg xkp kuat2..heheh

.