img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, October 22, 2012

Taip taip taip..

Jumaat nanti 26hb, hari jadi ayra yang ke 9 bulan. Bersamaan raya haji. Hehe! Tahun lepas raya haji pun takde makne.. tak meriah. Yang aku ingat, aku dengan Wan petang tu boleh g Lake Garden, makan ketupat palas. Time tu Ayra masih dalam perut. Hihi. So tahun ni? Baju raya pun yillek, tapi ada satu baju ni.. dulu tempah raya puasa, tapi tak sempat siap, so boleh la buat baju tu jadi baju raya *kalau beraya* hihi. Kain makWan bagi. ;) Raya haji ni yang meriahnya kalau belah-belah pantai timur je kan.. huhu..


Sebut pasal baju,  dah lama tak belikan Ayra baju :P baju-baju tidur dia semua dah kecik.. senteng.. haha. kat fos banyak baju tidur murah-murah :) nak lagi murah tunggu pureen warehouse sales, ala baju basahan okayla kan.. baju kat rumah, takkan la kat rumah nak pakai baju edhardy kids kot.. gila melampau over, apa kau ingat mak kau ni jutawan kosmetik.. kikiki.. phew~


Ayra sembilan bulan. Kalau ikut aku dulu kecik-kecik baby, sembilan bulan dah berjalan. Hehe aku dulu kecik-kecik bijak, wah matiklah memuji diri sendiri, adehhhhhhhhh beratnya bakul ni tolonglah angkat kan.. wahahaha :P Tapi ayra ni belum ada tanda-tanda nak berjalan pun, sekadar berpaut-paut tu adalah, nama dia nak meniti lepas tangan semua takde lagi, tapi tak kisah pun.. ada yang cakap, baby kalau tumbuh gigi dulu, lambat berjalan, tapi kalau berjalan dulu, lambat tumbuh gigi. Lebih kurang camtu lah? Kurafat la pulak kalau percaya tapi nak sedapkan hati tu bolehla wahahah.. since budak kecik kesayangan aku tu memang dah ada gigi... alolo tomeynya gigi.. kalau gigi cantik ikut wan, gigi buruk aku ikut, haha! kwangja punya encik bapak... tapi betul la.. gigi bapak nya cantik walaupun perokok tapi tak macam orang yang merokok... meh comolot sikit :* ala gigi buruk boleh pakai braces.. ;')



Berbalik kepada umur sembilan bulan tapi belum pandai berjalan. Aku rasa benda tu normal, masih dalam kategori normal. Macam aku selalu cakap, perkembangan Ayra ni selalunya berkembang mengikut umur, dia takde la advanced dua bulan kedepan ke apa. Aku tak risau pun. Tapi kalau anak tu advanced siapa la tak bangga kan? ;3 thihihi. Yang penting nya, anak aku membesar sihat. Alhamdulilah.. Walaupun tanpa susu ibu :) Eh walaupun tak minum susu ibu, anak aku jarang sakitt. Hah, ya ampun riak pulak, not good not good. Yelah apa yang aku cuba nak sampaikan ni, kan orang selalu cakap susu ibu bagus nanti antibodi kuat bla bla.. ye susu ibu BAGUS tak perlu aku nak ulang berjuta kali. Tapi Allah tu adil kan? Aku kurang susu, tapi aku tak perlu la selalu nak ulang alik ke klinik sebab anak sakit bla bla. Well, semua benda bersebab. Allah tu adil. Pasti. Noktah.



Haha panjang gila aku taip, tapi yang sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain, aku nak cerita aku geli dengan seseorang kat fb. Hahahahahah! Tapi tetiba aku taip benda lain. Rasa macam watak tu tak penting untuk aku cerita. kau baru bertunang lah beb, semak je aku tengok. :/ orang selalu cakap, kalau bahagia tu takyah nak tunjuk macam kau sorang je bahagia, orang lain lagi 24x ganda bahagia, takde pun kecoh, nampak sangat kau baru nak belajar erti bahagia.. hidup ni, buat-buat biasa sudah, yang penting kau dengan pasangan tahu lah korang macam mana, buat apa nak tunjuk seluar dalam kat orang :D haha.. tapi kalau kadang-kadang tu takpela.. ;p makin kau tunjuk kau bahagia.. makin orang menyampah.. pastu orang mendoakan yang buruk-buruk.. iyelah meluat. hihi.. kbai~ <3 p="p">











1 comment:

Aty Fared said...

cakap pasal beli baju..aty pon rase lame tak beli baju anak..[selain baju raya] baju basahan hari2 tu semua dah kecik2 sempet gak...tetibe dapat mud nak gi shopping baju esok..alaaa..nak carik baju murah2 jer buat basahan hari2 tuh...;p

.