img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, November 9, 2012

AYRA BATRISYIA

Lama menghilang. Menyampah dengan seseorang, jadi kita biarkan ini blog seketika. Cukup lah menyampah seminggu je. Haha. Sendiri merajuk, pastu sendiri okay :P Gilo.. Yay! Okay, tutup cerita.




AYRA BATRISYIA.......


Ayra dah boleh berjalan!! Haha, okay penipu sangat.. propa aje. Itu budak ikut mood dia, tapi selalunya dia malas, dia nak orang hulur tangan pegang dia, kalau camtu memang terkedek-kedek dia bertatih..  

Kalau kau suruh dia bertatih sendiri.. dia berdiri je.. statik, sambil tangan terkipas-kipas.. mulut menjerit-jerit huahua.. melangkah takmo..  mengada. T_T Adeh! 


Boleh dia nak berjalan, tapi kena pancing dia dengan makanan, hahaha sepuluh langkah lebih dia boleh menapak kalau camtu.. Kiranya demi sesuap nasi, apa pun boleh dilalui, segala onak duri sanggup diredah, kahkahkah.. 


Tak sabar nak tunggu budak tu boleh berjalan dengan betul. Bukan jalan macam orang mabuk macam sekarang ni. HAHA! Dahtu, baru nak belajar memang la tak stabil terhuyung hayang kan, apa lah mak ni kan? Tak suportive langsung. Kikiki. Baiklah anak, nanti mak pakai baju jadi pompom girl..bersorak.


Tatatatata...haha ni ayat fevret ayra. Kalau kita yang besar ni sebut tatatata otomatik dia akan sengih, kelakar. Ntah apa lah yang dimaksudkan dengan tatatata tu.. huahua.. 


Lagi dua minggu lebih Ayra sepuluh bulan. Hoi apesal cepat sangat ni? Tapi takpe, anak besar pun mak masih muda, tak terasa tua pun. Kahkahkah.. statement takboleh bla. Padahal kalau orang yang dah matang sikit tu baca, mesti sentap pastu cakap, kau tu gatal, muda2 dah nak beranak. Eh? Suka hati aku lah. Aku nak anak ramai, bukan takat 2-3 orang..tak meriah sikit-sikit. Pastu sebelum umur 35, aku nak stop beranak dah. Hihi. 


Panjang pulak penjelasan backup diri.. sebenarnya kalau dah gatal tu gatal jugak. Wakakaaka~~ Fine, senyap tutup mulut :| tapi ni bukan mulut yang bercakap, jari yang menaip, acane? lol.


Tudung ni tudung murah,  beli kat pasar malam upsi.. bila tudung murah manik tu mudah tercabut, takpun sebab aku gatal tangan mengkorek-korek, serius kelakar dah jadinya corak tu. Haha tapi takdehal la, bukan nak pakai g mana pun, so memang boleh nampak beza barang mahal dengan barang murah. = kualiti. Sekian, peace, bai. 

Ayra : Lu pehal bro?~~ kikiki.





























.