img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, November 2, 2012

Movie pertama budak kecit ;)

Hihihi... ketawa mintak kaki. Dah lama berhajat nak seludup budak kecit tu masuk tengok movie sekali dengan makpak nya. Tapi takde keberanian, Ingat nak tunggu umur setahun nanti, tapi sebab tahu-tahu jela makpak nya ni kan tetiap minggu tengok movie, jadi cam tak fair je asyik nak tinggal dia keluar berdating. Haha, walaupun hakikatnya, Ayra tak faham apa-apa pun. Hehe. Biasalah, mak mesti over. Kan? :-P


Jadinya....... semalam telah membuat percubaan pertama bawak budak kecit tu tengok movie. So how? hahahaha nak gelak dulu sebelum aku meneruskan penceritaan. ;))


Dalam lima belas minit pertama budak kecik tu okay je, behave. Ingat dia takut gelap ke apa.. tapi ileks je. Lepas tu? Haha! Tak dapek den nolong nya ha. Sebab amek seat belakang, sampai aku boleh bersila-sila kat bawah je, bukan bawah kerusi la, kan kalau belakang tu cam ada space sikit. Tapi tetap aje tak jalan.. :D Dia takdela menangis gila-gila, tapi cam bising la.. hewhew.. tengah-tengah senyap tetiba mulut dia grrrrrrrrr.. haha acik tension~! :-S


Yang sebenarnya budak tu mengantuk gila-gila, tapi ditahan mata, tu pasal semua benda jadi tak kena. huahua.. terpaksa aku keluar dalam 30minit camtu.. sampailah dia tertidur. Dah dia tidur, baru aku masuk balik sambung tengok. Kikiki. Tapi Skyfall tak best lah! Wan cakap sebab takde perempuan cantik. Haha... Hari Isnin hari tu tengok Paranormal Activity, pun tak best, tak seram pun (bagi aku lah).. tapi ada brader tu siap tutup-tutup muka, kelakar kot. Dah la baru aje nak saspen, tetiba dah the end. Huahua.. Lempang karang sape yang buat cite tu :/ 


Kali ni kitorang tengok Skyfall kat kat Brem Mall je, pawagam bodoh-bodoh, tapi takdela bodoh sangat pun, bolehla.. Haha. Sebab utama, iyelah nak test Ayra okay tak, sebab kat situ tak ramai orang sangat, cuba kalau kat ts ke, mid ke, ou ke bla bla.. haha malu mak nak.. eh tak malu, cuma nanti gangu orang lain lah kan kalau tetiba anak aku tu menangis.. saya kan insan yang prihatin, tetiba. 


Apa-apa pun staf kat situ nice.. Dorang ingat Ayra hokhekhokhek sampai aku keluar sebab aircond sejuk sangat, so dorang kurangkan aircond... Ayra tu mana reti sejuk, sejak dari dalam pantang lagi, bukak aircond tahap beku pun, dia boleh bantai berpeluh. Haha, metabolisma tinggi eh cenggitu? Ntah. Malas nak google. 



Dan kelmarin aku ada teringin nak makan meatball ikea. Bersempena berjaya menyiapkan assigment.. eh tak, tak.. bukan menyiapkan, kiranya sebab aku dah menyentuh jugaklah kerja-kerja sekolah tu sikit.. so sebagai reward terhadap diri sendiri, saya nak makan meatball boleh? Haha, menggelabah! Ah sikit lagi asignment tak siap, penatttttt. Cakap pasal asigment terus penat, melampau. :-S



Takleh tengok dah, rasa muak. Haha hari ni jela muak, esok lusa tengok sedap aje..


Kesayangan ;)


Nak sambung tidur balik...... Zzzzzz. 

No comments:

.