img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, December 14, 2012

Dulu. Sekarang.

Last week kat KPJ Tawakal, timbang berat 49.5kg, round off... kira 50kg cincai. Tu berat belum makan, tak faham aku. Makan tak makan, berat camtu jugak. Tapi takpelah, dengan ketinggian yang cuma 158cm.. hmm dulu kan selalu sangat nak tinggi 160cm, padahal beza 2cm je pun, tapi kan kan, kalau perempuan tinggi 160cm ke atas, memang dah kira tinggi kan? takpelah...... apa-apa pun bmi masih di kategori normal.


Berat 50kg dengan tinggi camtu takde lah kurus keding, kiranya medium size, nak pakai s size boleh je, tapi buruk sebab aku bertudung nak pakai ketat macam nangka, apakah? Walaupun kau pakai korset......  nak tunjuk badan yang dah takde lelamak itu.. arrrrghh takleh terima okay, serupa macam pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek yang pendek sangat tu macam ........ err mangsa fesyen. Ceh ceh tetiba nak kata orang mangsa fesyen.. Macam sendiri tu fashionisita.. kahkah adalew tuew yang nak mengutuk titeww.. puih! :P Aku pun pakai main sebat aje sebenarnya.. alah kalau tak mecing cakap lah camni.. kau ni buta fesyen eh? ni colour block tau. Haha. Padahal malas nak iron tudung. Mengutuk orang mmg pandai, heh. Well..


Apa-apa pun, perut masih takdela ramping 100% pun sebenarnya, yelah cuma biasa-biasa.. takdela kalau orang tengok tu macam debabnya dia.. besarnya dia.. buncitnya... just macam biasa-biasa.. Ala, aku bukan naik banyak pun time mengandung, 10kg je kot. Time pantang berat 46kg, berat masa sekolah.. hihi.. muka jadi cengkung...  tu penangan tak cukup tidur tak cukup rehat bla bla.. Pastu naik balik.. macam sekarang ni. Berat sebelum mengandung dulu pun 52kg. Selalu berazam nak kempiskan perut, tapi....... malas lah nak bersenam-senam ni. Padahal duduk sebilik dengan budak sains sukan yang rajin pergi joging. Aku pun tak sure camne stamina aku sekarang ni, rasanya baru lari 5minit dah nak pitam kot? Pemalas badan ni, hish.. buruk perangai.


Masa ni berat 62/63kg camtu ------ dua hari sebelum bersalin. :)
 
 
 
 
Selepas sepuluh bulan, takde gambar full yang terlatest, ni kira paling latest la kot. Hihi. Nampak macam gems pulak kat gambar ni, haha.. tapi takpelah, realitinya saiz badan masih seperti anak dara, takde macam mak beranak satu. Oh my, aku sangat kagum tengok member aku anak empat, tapi badan masihhhhh auwmmm.. Jeles-jeles. Harapnya pasni kalau mengandung lagi, pastu bersalin, tetap boleh maintain biasa-biasa je.. boleh kot? In shaa Allah.. :')
 
 

Ini gambar sebelum Ayra diproses, haha. Takdela cekeding pun, sebab kan berat aku sebelum ni 52kg. :P Sekarang 50kg. Haha takde beza mana pun.....
 
 
 
 
Aku pernah gak terfikir, aku rasa aku tak mungkin akan berisi gila-gila/overweight atau berat aku takkan lebih dari 60kg. Walaupun anak dah lima enam orang nanti. Sebab aku rasa tak logik, tengok salasilah keluarga pun, takde yang membesar bagaikan johan. Hakikatnya, semua tu tak mustahil, ramai gila kot perempuan yang kurus, lepastu bila dah bersalin terus besar...... Itu menakutkan aku. Kiranya aku ni dalam kategori beruntung gak lah, walaupun tak breastfeed anak, badan boleh je back to normal balik :) Huhu. Pernah kalau nampak makcik chuby-chubby, tunjuk kat Wan.. aku cakap kat dia.. kalau aku jadi camtu nanti camne.. dia dengan slumber je jawab...... 'carik lah lain' HAHAHAHA amboih hensem sangat ke ko tu? Tak kelakar langsung. Gewam titew. Haha annoying nya taip ew ew camtu.
 
 
 
Dari semalam kan, tekak nak minum teh susu letak cincau.. atau nama kat menu roasted milk tea with grass jelly, amboih nama nak best je, padahal teh susu je pun. Hiks...... Ada sesape nak belanja? :P Hujan lah pulak, sedapnya tidur.... Anw aku baru baik demam ni, seminggu demam, selsema, sakit tekak.. Sekarang selsema hingus dah pekat, kiranya dah na baik dah ni. Kahkahkah.. bongok pengotor.... Selamat berhujung minggu, dan selamat berstudy week. Hoi apa ni tetiba dah study week? Aku rasa cam tak belajar apa-apa pun lagi. Kbai.
 

 
 

 

 



























.