img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, March 13, 2013

Jalan-jalan Mid.

Kepala berat.... pening. Kena hujan kot ni. Takpela abaikan. Harap-harap jap lagi okay la ni.. 


Apa aktiviti hari ni? Window shoping! Haha. Sejujurnya, i bukan lah seorang yang gila suka shoping ke apa, langsung tak, i bukan nya ladies sangat, gila makeup, henbeg, kasut, bla bla.


Hari ni deting jap dengan member masa matrik dulu, jumpa kat Mid. Gila lama tak jumpa, rasa nya dah nak masuk 3tahun jugak kot. Padahal masing-masing bukan duduk jauh pun. 


Alang-alang deting tu, sekali harung la keluar masuk kedai itu ini. Hehehe. Tapi duit takdeeeeeeeee tak seronok langsung! Hahaha.. Tapi Ayra still la dapat jugak baju & seluar.. huahua. ala beli kat kedai mur-mur je, buat baju basahan. Rasa macam boring la tengok Ayra pakai baju yang baby-baby.. sekarang dia dah besar, so kena la pakai baju yang macam orang besar pulak.. Pastu tadi ada orang belanja Ayra baju jugak kehkehkeh..


Tadikan, ada baju Hush Puppies tu rm15++ je.. clearance sale. Murah gila. Tapi, tinggal yang buruk-buruk lah. Haha eh tapi perasan tak, baju yang nampak je buruk.. tapi selalunya mahal kan? Tengok macam kain buruk je, nipis lak tu.. tapi sekali tengok harga, memang boleh menipiskan poket jugak.. sigh.


Masuk cotton on, nak carik legging untuk Ayra, tapi takde pulak yang berkenan.. i dah lama gila tak beli baju kat cotton on, dulu masa remaja suka la beli baju kat cotton on sebab murah kihkih.. sekarang dah tua, dah takde citarasa remaja sangat, beli kat dorothy perkin la pulak? Haha amboihhhhhh pang satu kali.. :p Ini semua poyooo.  


Bila ntah masuk cotton on yang kat kl festival city, i je yang macam teruja, Wan mana nak pandang baju camtu, boleh lak ada satu baju tu.. made in Bangladesh. KAHKAHKAH memang kena boo la dengan Wan. Eh Ayra pun ada satu baju H&M from Bangladesh, kehkeh.. takpe yang penting is murah.... orang lain sibuk dengan H&M, nak la jugak satu untuk anak mak tu :p Peniru betul!! Takdela tak ikut peredaran pun, just sebab murah, maka belilah..


Eh kat Mid dah ada Daiso kan, ingat nak beli ada bekas tu, nak letak barang makeup si kecik untuk travel, senang sikit letak satu bekas je kan.. tak macam sekarang main campak-campak je, nak carik kena punggah satu beg.. wahaha.. tapi pastu boleh lak terlupa.. apa-apa jela yang i ingat.. heh.


p/s : tak beli kaler pink untuk ayra.. hewhew. gambar untuk diriakkan takde sebab malu lah baju mur-mur, kalau beli baju mahal baru boleh eksyennn wahahaha. takdela, bateri kamera tengah cas tu, pastu baju-baju tadi pun dah campak dalam almari, malas aku nak amek semata nak tangkap gambar letak kat belog. motif sangat tau.



 








 


     









No comments:

.