img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, June 22, 2013

Hari jumaat.

Siapa suka pretzel stick eclair auntie annes? hehehe.. i suka.. :) Ceritanya, semalam petang teringin la nak makan benda alah tu. So, marila kita cakap kat suami. :P Berani dia tak bawak? Hahaha.. Berani dia menolak permintaan? :P Serius, i tak pernah la paksa-paksa, berzikir-zikir kalau nak pergi mana ke apa.. i cakap sekali je.. taknak bawak sudah. tapi tak pernah la setakat ni.. cuma dia suka menyakat lah, bila i dah siap.. dia tanya ni nak pergi mana ni? dia nak tidur, bye. HAHAHA bongok kan? siap bye bye lagi.


Macam semalam, keluar pun lepas waktu bekerja, time orang semua balik kerja kan.. memang jem lah.. bila meredah jem tu, benda sama je i dengar dari mulut dia.. kan best kalau kita ada kapsul dragon ball tu.. boleh tukar-tukar kejap kereta kejap moto. bla bla bla :p Hahaha.. layankan aje.. dialog lu wa dah hafal der.. :p dan bila jalan jem jugak, i sebenarnya skeri dengan cara dia bawak kerete, sebab dia kan bawak ala-ala macam Dom :P Kahkah tetiba macam Dom..  puih! #pengaruhmovie


Alamak nak cite benda lain kan tadi? heeee.



So, i pun cakap la, jom kita pergi ts nak? hehe. kat klcc ada auntie annes jugak kan, tapi malas la nak g suria, kita pergi jela ts..  boleh parking haram kat tepi tu.. #kedekutbayarparking.



Sebenarnya jugak, tak pernah bawak Ayra g ts. Hehehe. Kesian Ayra kan? Yelah ts bukan ada apa-apa pun yang menarik, selalunya pergi ts nak tengok movie je.. shoping-shoping memang takdela.. memang la banyak je jual baju-baju murah semua tu, tapi bukan taste. Pergh mengada sangat kan? ahaks!


Kat pintu belakang tu yang kat 7e tu, kan ada patung besar tu kan. Ayra eksited je.. turun-turun kereta, tangan terus tunjuk benda alah tu. Hihi. Kesian anak akuuuu..



Ayra dalam kerete masa odw tu kan dia tidur je.. i memula agak risau lah kot dia moody ke apa. Ayra kan kalau bangun tidur kadang tu mengada.. silap sikit semua tak boleh. Tapi alhamdulilah, dia sangat baik.. errk takdela baik sangat sebab bila dah nak balik tu taknak berjalan, nak berdukung lah pulak. Nak berdukung dengan i, dengan bapaknya taknak.. takpe, mak kau ni wanita yang gagah kan. Pasrah jela..



Sebelum balik tu, Wan tanya, nak chatime tak? Hehehe.. Mestilah nak.. walaupun baru hari apa tu minum gak kan. Ahaha.. Ala chatime je pun, bukan starbuck ke apa, tu pun nak kecoh, erh bukan nak kecoh, tapi rasa bestla bila suami tahu apa kegemaran kita. Hehe.. walaupun kegemaran kita tu kadang dipandang annoying.. contoh, i suka pajeri nenas, tapi Wan mesti cakap.. dia takleh terimaaa orang yang makan nasi dengan lauk buah/benda-benda manis. Dia cakap je camtu, tapi kalau i mintak, tetap aje layan kan jugak :*



Tahu tak, sebenarnya i nak cerita pasal auntie annes tu je pun. Tapi tengoklah, kemain panjang cerita mengarut apa ntah i taip. Dasar suka bercakap.. perempuan kan? Hahahaha..


Slumber badak je i bagi Ayra makan pretzel stick eclair tu.. boleh la kot.. dah besar kan? takyah nak boo i sangat lah kan.. Ayra pastu siap sedut grassjelly milk tea lagi. Ahaks!!


-Rabu minggu depan besday yang ke 17bulan! Hehee.. Dah nak masuk setahun setengah dah. Padanlahhh dah macam orang besar sangat, kadang tu macam terperanjat je dia reti buat itu ini.. Hehe macam semalam, i suruh dia pakaikan tedybear dia pampers, kemain lagi poyo tau.. tertonggeng tonggeng bear tu dia kerjakan.. dia nak bear tu menghadap dia, betul-betul kaki kat dia..  hahaha.. nantilah, rabu minggu depan update perkembangan Ayra.. :)) Hihi..

-Perangai manja kededek Ayra dah okay dah.. tapi masih ada sikit lagi la mengada dia tu.. drama dia.. bla bla.. demam nya 2hari, mengada nya sampai seminggu. Anak si ridzuan memang kuat drama :P #tetiba petik sibapak.


 

1 comment:

DYatie ABakar said...

Hahaha. Pejam celik pejam celik kan? Hew Hew Hew. Arissa kecoh aje nak pasang pampers sendiri. Arissa ank pompuan yang tak ada bear. Dia takut dengan bear. Tapi memang kejap2 angkat punggung masa baring. Kejap2 letak pampers kat bawah dia duduk ats pampers. Wakakaka.

.