img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, July 1, 2013

Hari ni.

Hari ni keluar, terpaksa. Walaupun mood macam ada takde je. Tapi takdela terpaksa sangat pun, sangap gak terperuk dalam rumah je. Keluar pun pergi kedai buku, Popular je. Ada barang nak dibeli.


Ada gak mengidam nak makan rotiboy, so beli la. Beli dua, tamak haloba. Makan satu pun dah kenyang. Kalau keluar, chatime macam wajib, so takyah ditanya. Memang menyinggah chatime.


Pastu nak balik rumah, singgah kedai ubat cina. Beli susu Ayra. Ada special day, 1.5kg tapi harga sama macam 1.3kg je.. rm79.90. Murah la kalau nak banding tempat lain, memang kat situ je pun beli susu Ayra. Sejak zaman s26gold dulu lagi, sampai tukar susu pun memang kat situ je. Setia sangat kononnya, padahallllll nak murah je. Hikhik. Jadi, kat rumah sekarang ada 4pack belum bukak, tahan la untuk 4minggu. Yang ada dalam tin susu sekarang ni pun, boleh lagi untuk 2 3 hari.


Susu jela beli kat Ban On Tong tu. Kalau beli pampers memang bersepah je, kat mana-mana yang ada offer. Sebab susu kat tempat lain walaupun ada offer, still mahal kalau nak banding dengan kedai ubat cina tu. Yang cakap speedmart murah, memang la speedmart murah, tapi tak semua benda. Ada benda speedmart mahal gak. Susu ke, pampers ke.. tapi kalau nak banding dengan pasaraya macam jusco ke, tesco ke, giant ke.. speedmart murah gak la (kot)


Ingat nak beli bottle cleanser sekali, sebab kat rumah ni dah nak habis, tapi harga rm11.90.... yang refill tu. Kat expo berapa eh? Rm11 kan? Hahaha berkira sungguh 90sen pun. Takdela, etlis nanti expo baby next week kat Mid tu kan.. macam ada la alasan nak pergi.. ;)) hihi. Tapi puasa kan dah time tu. Tengok lah bagaimana. Huhu.


Tu je lah kot, aktiviti hari ni. Cuti sem ni takde buat apa-apa. Takpela, cuti kita berpeluk bercakar jela dengan Ayra, main tarik-tarik rambut ke apa. Tula, tapi tengok anak 24/7 pun boleh bikin panas gak kan. Hahhaha. Biasalah bila kurang masa bersama.. rindu, bila dah depan mata doplohpatjam.. faham-faham jela. Lagi-lagi bila emosi tak terkawal, nama je belajar psikologi tapi sendiri pun macam separa mental. :D mihmih.



-Adik Wan dah nikah hari sabtu lepas, majlis hari ahad. So, maksudnya, i dah ada biras. I taktahu nak panggil biras i tu adik ke apa? Adik?? Memang takla. i muda 10tahun kot...  i baru 23, dia dah 33 kalau tak silap. Hehehe. Tapi, adik-adik Wan pun panggil i nama je, takde pun nak panggil kakak ke apa.. so, walaupun tua 10tahun, panggil nama jela jugak kot kan?Alah, apa sangat dengan panggilan.  Apa-apa pun, i doakan dorang semoga kekal sampai ke syurga.. amin. Sama-samalah kita berusaha menempuh alam rumah tangga yang penuh dugaan :)) #bajet macam ifa lah nak dugaan-dugaan :p  # teduhan kasih #ehsan aummm #eh


- Ayra dah tidur pukul 9tadi, penat kot, dahla petang tadi time nak balik umah hujan pulak, tak pasal-pasal kena air hujan sikit dia, harap-harap dia okay-okay jela. Insyaallah, anak ibu kuat. Kuat macam harimau. Erk? Hehehe. 


- Gudnite. :)

1 comment:

Mimy Hamid said...

dik Ban On Tong kat ner

.