img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, June 6, 2013

Movie kedua Ayra.

Kali pertama Ayra tengok movie kat pawagam (haha pawagamm!! macam kelakar je sebut).. masa umur 9bulan ke 10bulan camtu.. tengok cite Skyfall kalau tak silap.


Time tu lak, memang  masa wayang nak start, memang Ayra tahan mengantuk.. jadinya bila masuk dalam tu, minit-minit pertama je dia okay.. pastu ek ek ek.. takdela melalak ke apa, tapi macam mengangu jugak la orang lain.. So bawak dia keluar jap, sampai la dia tertidur, baru la i masuk balik sambung tengok.. Hahaha gigih kan :p


Pastu macam takut je nak bawak Ayra tengok wayang.
Kalau nak tengok wayang pun, berdeting jela berdua dengan Wan.. :)
Ingat dia umur 2 3 tahun bila dah betul-betul faham, dah betul-betul boleh bercakap.. barula kita bawak dia tengok wayang.. tengok kartun je la kot? kihkih..


Tapi, semalam.... try bawak dia..
Alhamdulilah.. masuk gelap pun takde hal.. dia tengok je screen.. tapi sibuk la nak makan keropok apa semua.. hihi dahla makbapak ni kalau tengok movie memang suka seludup beli makanan dari luar je.. :p pantang bunyik plastik keropok sikit.. huh!! Nak popok nak popok.. sigh! Tapi tak lama pastu, dia lelap sendiri. Fuhh! Anak mak dah besar.. tapi rasanya kebetulan je tu dia menjaga tatasusila.. sebab memang timing dia nak tidur.. lmujur jugak dia tidur tak mengamuk.. tapi gelap, sejuk.. syok jela nak layan mata.. cuba dia tak tidur dalam tu? Mahu bersilatttt maknya ni ha.. memang tak dapat la nak tengokk dengan aman..;)) Bila dah habis movie, kita nak bangun, barula dia bangun jugak. Lega.. Pasni boleh la bawak lagi (kot).. hehe.


So, movie kedua Ayra adalah pada umur setahun empat bulan. Sila masuk dalam diary. Kenangan ni. Hahaha.. Eee mengelabah gila! Hihi.. Tapi tula, tengok cite bongok-bongok je.. sebab bawak adik i yang kecik tu kan.. dia yang beria nak tengok, cuti sekolah kan.. so layankan jela.. cite melayu, memang tahu-tahu jela camne..


Ohye, masa dulu i selalu cite tiap2 minggu apa movie i tengok kan. Pastu ada sorang makcik tu cakap, tengok movie pun nak cite ke? terus i sentap. Hahahaha.. tapi takpela, dia tak suka, tapi i suka je.. kita kan berbeza? :p biar jela nak cerita apa kan? beli beg kat tesco ke, beli beg lv ke.. suka hati.. masing-masing..


I nak cerita pasal ayra ke, pasal wan ke, pasal diri sendiri ke.. boleh je kot.. i takde pulak mengkhususkan belog ni tercipta untuk cerita pasal anak je.. :p nak baca baca, taknak sudah. tapi kalau baca, klik la nuffnag tuuuuu.. ala-ala menderma jugak apa.. kesian la i, nak jugak merasa cashout.. HAHAHAHA bongok gila, paksa orang.. dah dah.. assalamualaikum.. ;) *tetibajeustazahsangat*


Ayra tengah breakfast tu, biar dia makan 'buih' sendiri. Haha Ayra sebut kuih=BUIH..  Tapi komfirm bersepah tu.. haha.. takpe sepah boleh kemas kan? Dah mandi semua dah.. dah wangi-wangi, tapi comot makan kuih. arghhh.. takpe2.. Ni maknya online jap, sambil baca nota.. haha poyo jeeee pepagi dah study :p kihkiih...






5 comments:

safurara said...

rara teringin gak nk bawak princess g tgk wayang.tp risau kang ngamuk lak budak tu.kalau kartun ok kot.hehe

safurara said...

dear blog awak xleh follow eh?

Fifi Nadhrah said...

fifi tak berani bawah ufairah tengok wayang.. seram anak ngamuk..

Nurul Aziz said...

Eh, boleh je folow.. hihi. cuma takde follower tu kan.. kalau nak follow kena add je url. :)


Aah, memang seram.. takut ngamuk.. tapi ni pun bawak kat pawagam yang takde ramai orang, pergi hari biasa.. hihi... kalau tempat yang full.. memang tak bawak jugak kot.. nanti susah nak keluar masuk kalau tetiba anak buat bising..

Wawa said...

fuhhh! I is jeles!
kbai!
hahaha

.