img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, July 2, 2013

Borak jela eh.


Baju yang sama, tapi muat je. Baju size 6bulan. Boleh tak nak cakap, Ayra kurus je? Kecik je? Baby je? #taksedardiri. Ahaha.. Padahal semua orang pun cakap Ayra besar.. :p Tapi bukti kot, baju baby-baby pun muat lagi. Takpela, yang penting nya tak obes, tak underweight.. Just niceee.. :)


Cerita pasal Ayra, tadi ha tak pernah pernah dia sebut nama mak nya ni, tetiba je panggil i..ngor.. ngor.. i dah pelik.. Apa ngor? Rupanya, nurul. Syabas lah. Walaupun tak betul pun. Nanti nak suruh dia sebut Ridzuan, apa jadi lak. Hahaha tak aci la kalau nak suruh sebut Wan kan... yang tu boleh je.. sebat mengira sebut one two ti.. ye, three=ti.


Pastu sejak-sejak dah pandai bukak seluar sendiri. Memanjang je nak bukak seluar. Hoih stress! Sekejap sekejap bukak. Pastu kita betulkan, pakaikan balik, eh tengok dah bukak balik.. muka bangga je. Ek eleh.. takyah nak berlagak la dah reti bukak seluar.. tapi baju belum reti, selalu tersekat. Kihkih. Kalau dah reti bukak baju, lagi stress.. tak suka anak togel-togel.. erghh tak suka tak suka. Etlis pakai suar pendek dengan singlet pun takpe, jangan nak berpampers je. :/


Ohye, hari ni Ayra terbabas.. berak dalam pampers pulak. Tu pun sikit je. Sambung berak dalam bilik air pastu. Huhu. I taktahuuu la kalau tengah-tengah keluar g memana, macam mana la Ayra nak berak eh? Yelah, kalau berak kat pampers macam takdehal, berak jela kat situ, ni kalau dia nak berak kat toilet? Kat tandas awam.. hmm..... so far belum pernah terjadi.. takpela, pepandai jela nanti.



Boleh la bertahan dalam 10minit pakai tudung. :D Tu pun i cakap nak g jalan, jangan bukak. Tapi bila bukak, lencunnn tudung! Peluh gilaa.


Sejujurnya, i tak berapa berkenan bebudak kecik dipakaikan tudung. Kalau budak tu dah pandai urus diri, mungkin dalam darjah satu camtu, baru la cun nak pakai tudung. Okay ni bukan masalah cun ke tak, tapi boleh bayangkan tak, macam kesian... dengan rambut terkeluar, pastu makan comot-comot.. kadang tu nama je suruh anak pakai tudung tapi.. baju lengan pendek, suar senteng.. macam selekeh tahu tak? I pun orang kampung je, bukan urban ke apa.. janganlah cakap i jahil agama lak, sampai hati tau.. walaupun orang cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya bla bla.. huu. tapi ntahlah, ni cuma pendapat peribadi i jela.. orang lain, suka hati dorang lah... peaceee no war. :D Bagi i kalau dah pakai tudung biarlah baju pun proper sikit. Kalau bertudung pakai la baju lengan panjang, seluar panjang.. gitu. Huhu.. Ceh! Bajet ustazah, padahal sendiri pun pakai tudung kadang tu tak tutup dada.. main selempang je. Huhu.. Buruk perangai. Perlahan-lahan lah kita ubah. :) #tazkirah?


Dahla, i yang sangat kasihan, semalam tak tengok pun teduhan kasih. Hari ni last eh? Nak tengok kat tonton, tapi internet lembs pulak. Tersekat-sekat. Potong nafsu tahu tak? Pastu jap lagi nanti kol 4 ada cite Iman Nabila ke apa tv3 tu ha.. pun i layan walaupun annoying dengan shah jazle. Ahaha duk rumah tengok tv jelaaa kerja.. tengok tv, makan, tidur. Hebatt nak timbang lah berat, berapa kilo la agaknya..


Susah nya nak taip, Ayra sibukkk kat sebelah ni. Menyendeng-nyendeng bagi kepala dia yang masam berpeluh tu. Mihmih. Okayla, kang jahanam laptop ni, dahla 80% nazak, jap lagi ditekan-tekan terus mati. Nak bergusti dengan budak kecik ni dulu. Bai. :)



 





4 comments:

Fifi Nadhrah said...

salamkenal dari fifi..

anak fifi pon kecik kurus.. ramai orang tegur.. tapi lantak la.. asal normal je weight die.. jgn obes macam mak die.. hahaha.. yang penting aktif kan..

ayahmamilisa said...

weeewit, comey ayra pakai tudung..:)
akak pon sgree bebudak kecik kesian kalau dipakaikan tudung..rambut terkeluar sana sini, kalau dah besar lain, boleh betulkan sendri..
tapi ikut masing2 la kan..

D Yatie said...

hihihi.. ayra.. ayra.. awak sangat bijak! arissa pun suka bebeno nak buka seluar.. huhuhu.. dan mak arissa jugak tak suka anak togel. ahhaha

Fifi Nadhrah said...

fifi singgah pagi.. :)

.