img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, July 4, 2013

Semalam.

Semalam lepas balik dari ou, ingatkan nak balik jela rumah terus.. sebab Ayra masuk je kereta terus tidur. Tapi bila singgah kat kfc, Wan cakap macam awal je nak balik lagi. Masa tu dah pukul 9lebih kot padahal. Hihi. Oh singgah kfc sebab ada orang yang MENGANDUNGi lemak berlebihan kat perut ni  teringin nak mashed potato. Erghh demyu perut.


So i cakap, takpela kalau nak jalan-jalan pusing-pusing. Tapi sebenarnya i tak berapa suka nak bawak Ayra keluar memalam (10pm keatas) takut jadi apa-apa.. sebab budak tu kecik lagi, dah besar sikit nanti bolehla... tapi takpela kot, bukan selalu pun.. kan kan. :)


Makanya, jalan-jalan je la dalam kete sampai ke sunway pyramid, summit sana.. hehehe. Sangat takde kerja kan? Menghabiskan minyak (Y). Yelah nak turun lepak-lepak takleh, Ayra tidur kan.. Huhu..


I sebenarnya lapar nasi, teringat kat rumah ada sambal udang.. yummeh! Nak makan kat rumah jela.. kononnya. Tapi dalam kete yo yo o je la cite pasal tony romas, tgi, chilis bla bla. Last-last singgah makan kat  kampung baru je HR Steak ke apa ntah nama kedai kat kg baru tu okayla.. kalau teringin nak makan western tapi nak murah. Dulu lagi murah, air gelas besar cuma rm2.00.. tapi sekarang ni dah naik sikit harga.. tapi masih bolehla.. takdela mahal sangat-sangat. Kedai tu memang selalu ramai orang.. kitorang pun selalu gak makan kat situ.. maklumlah, nak makan kat VS tak dapek la.. kang ada yang tengah bulan dah makan megi je, camne? :P


Masa sampai kampung baru tu, Ayra tidur lagi. Tapi bila kete berhenti dia pun terbangun. Wan dah cakap kalau Ayra nangis kita balik okay? Deal. Memula Ayra tak nangis, okayla boleh dipujuk-pujuk. Ayra kan perangai dia kalau baru bangun tidur adalah moody asyik nak mendung je. Hehehe. Last-last, terpaksa la makan macam apa je.. makan jap, bangun dukung.. sambung makan, berjalan sana sini. Mihmih.. tabah gila nak makan. Takde telan kunyah 44x.. macam mana perut tak buncit camtu? :[ Ada kucing pun jadi isu.. nampak kucing macam nampak hantu.. huhu. Tapi alhamdulilah la dia tak menagis menjerit-jerit kuat satu kedai dengar.. tapi tulah still nak cepat la, kita pun tak selesa bila anak ek ek.. 


Masuk kete, jalan sikit, Ayra sambung tidur, sampai la masuk umah, tidur sampai ke pagi. Huhu.. Sampai umah pukul 12lebih kot. still awal lagi bagi kitorang.. tapi sebab ada Ayra 12.30 adalah lewat. Time kitorang nak balik tu pun, kereta banyak lagi kat jalan. Macam malam minggu. Kenapa ntah, mungkin sebab ladies night kot semalam. :)


Adeh baru je nak taip panjang-panjang lagi.. Ayra lak dah panggil ni g bilir air, nak memberak. Okayla tu, i pun belum mandi lagi sebenarnya.. boleh mandi terus.. hahaha dah pukul 1kotttt ni. Gasaklah, wangi je. Sendiri bau. :p I je belum mandi, Ayra awal-awal dah mandi.. ^_^


 



4 comments:

Mimy Hamid said...

ayra dah potty train ke...

Nurul Aziz said...

Belum.. kencing tak reti nak bercakap lagi hehe.. cuma bila berak jela dia taknak berpampers.. tapi ajar jugak la sikit-sikit bila bukak pampers suruh dia kencing dulu, bila mandi kencing dulu.. huhu..ajar bila ingat jela.. kiranya masih belum bersungguh nak mempoty train.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

dulu selalu jugak pergi HR tu,, tp rasa macam tak puas hati selalu je lambat serv, pastu rasa bernyamuk je. last2 jumpa Chop&Steak area Selayang Mall terus tak tukar2.

Aty_Fared said...

Aty tak gigih nak mkn luar skrg ni..uhuukksss...

.