img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, August 19, 2013

Khamis minggu lepas.

Hari khamis petang. Beraya rumah kawan sekolah. Beraya nya sekejap je. Pastu bawak Ayra pergi playground kat titiwangsa. Wan cakap, orang hari raya pergi beraya, ni bawak g taman? kikiki.


Pastukan, kat titiwangsa tu ada orang tengah shooting.  Lepas je kitorang parking, turun dari kereta.. ada krew tu tanya boleh tak nak pinjam kereta? pinjam sejam je.. rm50-rm70 camtula dia nak bayar. artis yang guna lisdawati. hehee.. 


Kebetulan, time tu lak kitorang keluar naik myvi.. bukan kete satu lagi tu. Yang krew tu memang tunggu kereta myvi kuning sebab kereta yang dorang guna sebelum tu accident lak. tak dapat jadi extra, kereta pun berlakon boleh la.. hakhakhak.. siapa yang nak bagi kan rm70 sejam? sementara ayra main kat taman tu, apa adahal kan? cuma kalau accident ke apa.. risiko lah jugak..


 Kasut buruk, nasib la.. kasut yang elok tertinggal kat kampung! Buai pun tinggal kat kampung.. tapi buai dah ada kat damansara, rumah pakcik i.. ntah bila la nak pergi amek.. kekekeke.. kasut tu tunggu la balik kampung nanti baru amek.. gr..


Malam singgah rumah kawan Wan, pass barang. Dapat duit raya, banyak tu.. hikhik.. takdela banyakk sangat macam WOW! tapi i still  rasa eh banyak jugak ni.. kakakakaka.. 


Pastu, nak balik rumah mak i, sekali...... dah sampai rumah...... mak i lak takde. HAHAHA mak i keluar beli barang.. kunci lak i tak bawak.. so takpela....... Wan pun nak lepak dengan gay partner dia.. so i join jela.. :) hehe. tu jela kisah hari khamis.


Eh, hari ni raya ke berapa eh? Nampak tak? I langsung tak amek port, malas nak kira dah.. yang ku tahu raya sebulan. 

 

2 comments:

Wawa said...

Pegh kemain kerete pun berlakon kennnn...haha tak pasal2 dpt duit raya...:D

Umi Qi said...

Umi qi tgk kasut ayra lawa per x buruk pun...pink kaler fav umi qi gak tau...jom jenjalan ayra hehhe

.