img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, October 12, 2013

Jalan-jalan.

Hujan. Tapi i sedang membasuh baju. Hahahaha.. takpela, so far basuh baju walaupun hujan takdela jadi bau busuk pun, tengok sabun gak kot? softener semua.  Sementara baju kat mesin tu siap, meh la kita hadap belog sikit. 


Pagi tadi i ada kelas. Lepas habis kelas ada classmate ajak pergi jalan tar, suruh teman la.. nak usha-usha beli kain katanya. Tapi i macam malas lemauuu nya, rasa nak balik rumah je. Hahahaha.. so i cakap, nanti la lepas cuti raya haji ni baru kita pergi ye? kikikiki. Kan i dah cakap, badan i dah macam orang tua.. asyik penat je.. i pun memang macam nak pergi jalan tar gak, nak beli shawl..ala shawl murah-murah je.. yang labuh-labuh sikit, nak belit camne pun tetap boleh kover dada gitu.. shawl i banyak yang bidang kecik lah... dulu kan mana ada shawl bidang besar apa semua.. huhu..


Melalut lak kat atas ni.. hahaha i blank lama sangat tak menaip kat sini.. seminggu tak update belog. cerita semua dah basi. so yang dah basi tu biarkan basi, kita cerita apa yang terlatest jela ye? :) Apa eh jap nak fikir.......

 

Khamis, g shah alam, ada hal sikit. Pastu konon teringin  la nak jejak kaki kat Setia City Mall. Nak mengusha H&M kat situ :p tapi, taktahu jalan, taktahu taktahu bla bla.. macamkan takde gps apa semua >_< sigh* 


Jadinya singgah makan abc kat foodcourt sec 2 tu jela.. sebab kan tengok abc kat situ macam menarik je.. tapi, bila dah makan rasa abc jela pun hahahahaah... i order abc chocalate nuts apabenda ntah.. memula makan yang aiskrim tu, pastu bila part abc kat bawah terus rasa macam tak bestpun? pastu baru terdetik dalam hati.. bongok, kau nak abc rasa macam apa? abc memang camtu la rasanya .. hikhik.

 Coklat dengan keladi.hehehe.. i takdela nak makan keladi tu, sebab baru je bila minum smoothies yam kat coolblog tu kan.. manis nya lahaiii kencing manis aku kalau minum coolblog hari-hari :p hehe.. so i memang tak rasa langsung la yang keladi wan punya tu.. tapi ala rasa keladi je la kan? nak rasa apa lagi.. hehe..


Asal boleh nak bergambar :p anak tak layan pun

Pastu ada tanya orang kat situ, setia city mall dekat tak? pastu ada sorang budak ni cakap, dah nak dekat klang,dekat dengan aeon bukit tinggi tu.. dekat dengan hospital. huuu tu boleh tahan jauh gak tu.. takpela. nenanti jela pergi.

 

Nak pergi icity, hujan lak time tu. takpela, jomla kita pergi sunwaypyramid terus. lagipun memang berkurun gak tak jejak kaki kat situ.. yelah buat apa nak kesana kan? jauh kan. takdela jauh sangat cuma kalau nak beli apa-apa baik g kl je.. lagi dekat.

 

Lepak kat situ tu pun takdela lama.. jalan-jalan, makan-makan.. pastu balik. Eh eh kat situ macam nak bukak H&M, tapi taktahu bila.. huehue.. sawan H&M :p sawan barang murah takpe.. jangan sawan nak henbeng chanel udahla.. berkurun terpaksa kumpul duit baru boleh beli.. 2-3bulan tak makan nasi.. makan megi je kekdahnya :P ahaha.. takpe, insyaAllah satu hari nanti boleh gak merasa (kot). Berangan biar tinggi. :")

Budak ni memula je nak berjalan. Pastu bila dah nak balik, takmo dah berjalan, nak berdukung pulak dah letih la tu.Yang BESTNYA dia taknak berdukung dengan bapaknya, tapi nak dengan i je.. yelah mak kau ni memang gagah, takat 12kg++ takdehal pun. T_T

 Tahu tak, i tak pernah main benda alah ni. haha selalu gelakkan orang je.. agaknya kalau i main mau belum pape memang dah terduduk langsung takleh bergerak hahaha.. nantila bila ada keberanian, nak try gak. mesti.

 
Okay dahla, macam panjang lak karangan.. kain pun dah siap dah tu mesin dah bunyik.. hehehe.. selamat hari raya aidiladha :) i raya kat sini je. takkisah pun kat mana-mana..sebab raya haji memang selalunya macam tak raya. hahaha.. baju baru? memang aneh la kalau ada baju raya haji. kikikiki.. ayra je la kot ada baju kurung baru sehelai. tu pun lebih kain maksu i.. hahahaha... boleh la..


No comments:

.