img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, October 15, 2013

Korban puting.

Macam mana raya? Meriah ke tidok? :P hehehe. Belah-belah pantai timur sana, meriah la kan? Siap baju baru apa semua heehee.. i?? memang macam i cakap lah, pelik la kot kalau tetiba ada baju baru :p hihi.


Saje nak update petang-petang camni, si kecik tu tidur. So boring. Padahal tadi sebelum dia tidur kemain mengharapkan, Ayra tidur la tidur la.. penat dah ni. Hahahaha.. Biasa lah tu kan? ;p


Ha, update ni sebab nak cerita.. sekarang Ayra tak hisap puting dah. Yay!! :D hihi. Tapi baru je lagi, baru 6hari.. kiranya baru seminggu lah.. :) Harap-harap berterusan lah.. takyah sampai bila-bila. Dalam masa 6hari ni.. gila apa tetiba dia boleh lupa kan? Memang dia tetap ada la sebut nak puting.. tiap kali dia sebut tu.. i cuma cakap.. 'puting ayra kan hilang, kita tak beli lagi, nanti kita keluar beli baru ye?' 


I tak tipu, memang puting dia hilang, tercicir kat mana i pun taktahu la... huhu.. kalau tak tercicir tu, memang ayra masih berputing la kan :p sebab mak tak kental or cekal hati tiap kali anak mintak nak puting. ni dah hilang, nak buat camne? dah takde, kena cekal la jugak.. lagipun ayra dah besar.. dah senang sikit nak dipujuk.. walau kadang tuu contoh macam tadi.. dia sibuk nak main kat luar, i tak bagi.. sekali.. dia cakar muka i, pastu gigit pipi. HAHAHAHA nasib baik anak weii.. sabar jela. huhu. :'(


Tapi sebenarnya, puting ayra yang sebelum ni stil ada je simpan tak buang pun, kiranya kalau terdesak sangat boleh la bagi. tapi alhamdulilah, ayra takdela tantrum melalak teruk-teruk ke apa ketagih 'candu' dia tu.. cumanya, amek masa sikit la dia nak tidur tu.. padahal mata dah kuyu habis. takpe, biarlah berasap tangan tepuk bontot baru tidur.. hihi.. mak relaaa.. ;) ayra pun sebenarnya bukan jenis puting 24jam melekat kat mulut, time tidur je dia nak.. tu pun sebab nak lelapkan mata.. dah lelap kang bukak sendiri..


Doakan supaya ayra terus-terus tak hisap puting ye? :) aminnn.


Err sebenarnya, i baru je berhajat nak tukar puting ayra tu, nak try guna avent lak..puting kan kena tukar 3bulan sekali..tapi bila ayra dah boleh takyah berputing.. memang ada hikmah la tercicir tu.. kalau tak sampai bila pun i still nak belikan puting tapi dalam masa yang sama nak anak berhenti isap, macam mana tu? hahaha.. mak hati tisu.. :p


Baru-baru ni kan.. rantai ayra putus untuk kali ke-2. tapi ni dah betulkan dah. pastu, siap pakej dapat gelang pulak. hikhik.. kiranya, ayra sekarang cuma takde anting-anting jela lagi.. tindik pun belum.. nak tunggu rambut panjang sikit.. baru cun :) kira hadiah la tu, hadiah sebab tak hisap puting. hahaha.. 


 









2 comments:

ayahmamilisa said...

syabas bette ayra..hehehe..barula lagi cung tak berputing..dapat reward lagi..bertuah ayra :)

D Yatie said...

Alhamdulillah tahniah Ayra!
Arissa kembali berputing. Aptb!~
Tapi nak buat camner.
Sejak tak sihat hari tu melalak tak pasal.
Tunjuk sana tunjuk situ.
Sampai tok n mak tok nak jumpa pak ustaz.
Alih2 Ahad bersama dengan mak nyer.
Mak nyer pelik siang pun nampak ke.
Ghupanya selama ini dia tunjuk tunjuk tu nak puting.
Alahaiiiii. Dah bagi takder adegan tunjuk2 sana sini tengah malam jaga dari tidur.
Sobbbbbsssss!

.