img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, November 29, 2013

Dia suami saya.

1 - Suami kalau mandi memang lama. Selalunya, kalau nak pergi mana-mana, i akan mandi dulu. So dalam tempoh masa dia nak mandi tu, i boleh siapkan barang-barang, siapkan anak. I pernah gak la macam annoying nya, apehal lama sangat?? Sampai i tukar password facebook "LEMBAB" hahahah! macam takde kena mengena, tapi tu namanya protes dalam silent. :p Tapi sekarang takde la guna password lembab tu.. kekeke..


2 - Suami anak manja. Tapi dia tak nak ngaku. Eh dia ngaku.. dia manja sikit. Takde makne, banyak kot. Dia jenis kau jangan berani usik keluarga aku. Pastu dia jenis yang tak malu nak cium makpak dia depan orang ramai pun. Sangat bagus la camtu. Ada orang kalau dah besar (lelaki terutamanya) memang takde la nak cium-cium makpak dia kan. Tapi dia tak, dengan adik beradik pun sama. Mesti sebelum berpisah akan peluk cium semua. Padahal nak berpisah takdela jauh pun. Rawang-Selayang je pun. Kekekekeke..


3 - Suami peramah. Taktahu la peramah ke tak, tapi i rasa dia pandai bawak diri.. better dari i. I kalau baru 2-3 kali jumpa memang shy-shy cat. Jadi tiang letrik. Sengih macam kerang busuk. Tapi tak, suami boleh je nak buat macam dah kenal 3-4tahun. Siap boleh tolong-tolong tanpa diminta. Kalau i, nak tolong tu fikir 40x kali, sebab takut orang tak suka lak.. 


4 - Suami kalau dengan orang yang baru dia kenal, mulut dia sangat baik. Tapi kalau kau dah kenal dia lama, dah kira macam kawan-kawan, mulut dia longkang gak. Hahaha...Sumpah, dia punya bergurau sangat kasar, tak kira kau perempuan ke lelaki. Tapi i dah biasa dengan longkang dia tu, i buat bodoh je. Merajuk 2-3minit, pastu okay dah.


5- Suami jenis sayang barang. Lagi-lagi kalau barang tu rare. Kau jangan berani-berani nak buang, kang tak pepasal kau yang kena buang :p Padahal kadang benda tu bukan dia nak guna pun, tapi sebab sayang, konon limited edition lah, design takde dah sekarang ni lah, bla bla. Semak kot semua tu. HAHAHA.. Macam last week, mama panggil orang nak kemas rumah kan.. dia dah cuak. Sebab time tu kitorang takboleh nak balik rawang,  dia risau la kalau bilik dia kat rumah tu kena kemas. Kang semua khazanah negara dalam tu kena buang.


6 - Sangat minat bab-bab kereta...Motor. I langsung tak minat, tapi kena la pepura minat kalau dia tunjuk. hahaha.. kena la oyeke? eh? erk? hahahaha very the hipokrit. Hari-hari google pasal kereta/motor apa semua. Dia minat kereta apa ntah, kete lama la.. berazam nak kete tu. Apa ntah yang bestnya? Macam kita ni kalau tengok kete lama kita cakap kete buruk je kan, tapi kalau orang yang minat kete-kete camtu, dorang tahu la menilai kete tu.. kan?


7 - Suami jenis garang. Kalau dia kata A.. mesti A. Benci. Hahaha.. Takdela, boleh je nak B, tapi kita kena bagi alasan yang logik. Sebab tu i jenis tak meminta-minta kot? Kalau i nak apa-apa, nak g mana-mana, i cakap sekali je, malas aku nak merengek-rengek :p tapi so far, apa yang i nak, memang dia akan tunaikan la, mana i nak pergi dia akan bawak. 


8 - Suami seoarang yang dalam hati ada taman. Konon garang, tapi ada bunga-bunga, acane? heheehe. Biasalah tu.  Dah katanya anak manja..


9 - Suami cakap dia pernah masuk paper muka depan. Dengan tajuk, 'gangster jalanan' ke apa ntah. Tapi muka diblurkan lah. Kenal motor je. Tapi ni sebelum kenal i lah, lepas kenal i.. i dah bimbing dia kearah amar maaruf nahi mungkar, kata nak masuk syurga sama-sama? :D muahahaha! ayat perempuan dibawah lindungan kaabah sangat. Biasalah semua orang ada kisah silam masing-masing.. yang pentingnya benda-benda merepek semua tu dia dah tinggalkan.. katanya dah tua. sampai bila nak camtu..


10 - Ha, yang ni rare, suami adalah spesies lelaki yang tak main bola/futsal semua tu. Hahahaha. So memang takdela aktiviti dia main futsal dengan kawan ke apa ke.. padahal kawan-kawan dia main kot. I tanya, dia jawab sebab dulu dia pernah patah kaki. Tu yang tak main tu. Eleh, kaki bangku kan sebenarnya? Wakakaka. :p


11 - Suami kan, kalau nak keluar suka tiru nak pakai baju warna apa. HAHAHAHA. tapi tak boleh nak mecing sangat ahh, sebab baju baju beliau kebanyakkan kaler dark blue/putih. I lak baju semua kalerfull. Huahua..


12 - Sampai sekarang, i taktahu i gf keberapa suami i tu. Tiap kali i tanya, mesti dia taknak jawab. So, i selalu perasan, i lah yang pertama. Lagipun, adik dia cakap, i perempuan pertama yang dia bawak balik rumah. :D Pernah i nak basuh baju dia, tapi dia suruh basuh tangan. I tanya kenapa? Dia cakap gf bagi. Amboihh takat baju GAP pun nak handwash? Aku boleh beli 100helai Edhardy kot.. tapi kena tunggu dah kerja nanti la. LOL.


13 - Suami memang penjeles. Dulu masa i study kat melaka, ada la sorang laki ni syok kat i. KEkeke. I guna laki tu sebab nak senang je kot, orang syok kat kita, so kita gunakan lah? Lagipun budak tu cam pandai sikit. Pernah dia datang kat melaka, dia tak pernah kot jumpa budak tu, takat tengok kat fb jela camtu.. sekali masa i masuk kete, dia cakap, tuu.. selipar "D".. hahahha! amboih sampai selipar pun dia boleh cam.. tapi memang betul pun, time tu budak tu tengah main bola kat padang.. tinggalkan selipar kat tepi padang.


14 - Suami kalau balik kerja, kau jangan nak macam-macam. Kita biarkan je dia. Sebab dia penat. So biarkan dulu, kang dia dah rest-rest dia tegur.. so baru la kita tanya apa semua.


15 - Suami bawak kereta laju. I is takut. Tapi kena konpiden kan diri, cakap dalam hati.. 'dia tahu la apa dia buat, ko yakin je nurul, tak eksiden lah' tapi........... kalau dah kita suruh slow slow dia tetap boolayan, ha amek kau aku tutup mata tidur. hahaha...

16 - Suami tak pandai nak layan budak kecik. Tapi dengan Ayra boleh la.. masa kecik-kecik dulu dia tak reti, ni Ayra dah besar. Boleh la kalau nak suruh mandikan ke apa. Tapi kalau dia yang mandikan Ayra, i lak yang berbulu rasanya. Mandi kan anak pun takkan nak lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? hahaha.. Bab-bab barang anak pun. Suami tak berapa tahu. Tapi kalau i cakap benda ni terbaik, benda ni terbest.. mesti dia akan belikan apa yang termampu. Siapa tak sayang anak kan? :))


17 - Kitorang sekarang sama. Suami kiranya sekarang anak sulung, sorang jela lelaki. I pulak, anak sulung, sorang je perempuan. :) Masing-masing ada dua orang adik. Yang bezanya, adik-adik Wan semua dah habis sekolah la, yang paling kecik pun umur 20, dah habis diploma dah, tunggu nak konvo, pastu sambung degree.


18 -  Suami tinggi, i pendek.. i cuma 158cm je.. Hahaha. Ni pun boleh la.. Dan, Ayra memang mengikut baka bapaknya. So, i tak curang okay? Hahahaha.. Memang dah sah-sah la Wan kan.. rangka badan Ayra tu besar. Tap i taknak la dia membesar jadi seorang yang "comel", biasa-biasa dahla.. kalau "comel" kang acane nak jadi pramugari? kan kan. muahahahaha..


19 - I rasa i dengan suami ada persamaan tang mengutuk orang. HAHAHA maksudnya, kalau kitorang nampak seseorang tu, kang nanti kitorang pandang masing-masing sambil tahan gelak. Pastu tanya, 'kenapa gelak? hehehe.
 

20 - Suami jenis boleh diharap. Kalau kau susah, insyaAllah dia akan tolong apa yang dia mampu. Tapi janganlah kau buat taik kat dia lak, kang taik kena muka. :p ehehehe..


21 - Suami adalah manusia yang cuma tolak batu/kayu. Dia makan apa je. Masa kenal-kenal dulu. I sangat terkejut tengok portion dia makan. Ni makan ke apa?? Bela jin eh? Hahaha tapi dah lama-lama, bagus gak, takdela membazir. Kalau kat dapur tu, insyaAllah takkan ada pembaziran lauk.


22  -  Kitorang beza empat tahun, tapi i selalu rasa kitorang sebaya. Cuma bila jumpa kawan-kawan dia.. baru la nampak okay kita memang berbeza umur. Sebab dia dahla tua empat tahun dari i, pastu kawan lak dengan orang yang dah 30an, yang dah berfamily.. tapi, apa ada dengan umur? che ta pun boleh je kawen dengan zain :p


23 -  Suami suka merajuk. & i tahu benda tu akan buat dia merajuk, tapi kadang tu saje je. HAHAHAHA saje carik point nak bergaduh :p


24  - Suami seorang yang baikkkkkkkk


25  - Suami seorang yang hensem..... (nak muntah? g laaa amek baldi tu.. :p)


26 - Sebenarnya, hari ni besday suami terchenta. Suami yang saya sayang sangat-sangat. HAHAHA macam geli pulak menaip :)) Macam biasa, besday ke anivesary ke, apa ke, kitorang memang bukan bangsa yang jenis you, nah hadiah harijadi. Memang takde. Kalau nak bagi hadiah, bebila pun boleh. Kan? :)


27 - Last sekali, nak taip.. SELAMAT HARI JADI YANG KE 27 :) Semoga murah rezeki, panjang umur, bla bla (ayat cliche) jadi semakin matang, semakin hebat-hebat jela.. semakin baik-baik. :D I love you.


GIGIH TAK I TAIP SAMPAI 27point? Hahahaha.. Okayla, nak tengok maharaja lawak mega. Bai..


No comments:

.