img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, November 30, 2013

Jalan-jalan naik LRT, Jom Heboh.

Hari ni banyak kan sales sana sini? Pureen clearance sales, hytex, mamalove bla bla semua tu. Tapi satu pun tak pergi. Hehehehe. Kita tunggu Sogo buat sales kaw-kaw jela nanti kot nak beli baju Ayra :p Hahaha nampak tak, nak beli baju anak pun kena tunggu sales.. sedih lah. :p Tapi lagi sedih kalau baju yang sama kita beli dengan harga yang mahal (hahahaah ni masa bongok-bongok dulu, ingat dah murah.. rupanya kalau tunggu lama lagi, lagi 70% terus ko.. )


So apa je yang i buat hari ni?

Hari ni, kita jalan-jalan naik public transpot. Muahahaha.. Kita naik LRT pergi Bukit Jalil. Buat apa? Sajeeeee mengada nak pergi Jom Heboh. Heehehe.. Saje nak mengelapkan muka berpanas terik. :p


Kitorang buat rombongan cik kiah tadi. Hahaha. Mak i pakat-pakat dengan jiran, nak pergi sana. So total tadi 21 orang. Penuh gerabak LRT :p muahahaha... Nasib baik ada mak i, ada adik i.. so ayra pun boleh la bergilir-gilir di dukung. Budak kecik tu kan mengada sikit. Nak berdukung jeeeeeeee. Tapi bila mood dia nak berjalan.. berjalannnnnnnnnn je.. Ikut mood. Macam tadi, mood dia nak berdukung. So terpaksa redha jela.


Apa yang berjaya dibeli? Total damage tak sampai rm100 pun. Kiranya takdela sampai beli 10beg.. 1beg=rm10 kan. Beli sikit je sebab macam sedar lah naik public transpot kan. 


Yang paling tak boleh bla.. Ayra muntah. I syak budak kecik tu jenis mabuk la naik kenderaan. Naik kete pun dah 3-4x dia pernah muntah. Tapi nasib baik la muntah yang tak berapa nak banyak sebab sempat la i amek napkin.. kalau tak.. berterabur Siapa nak bertanggungjawab? Huhu..


Ohye, tahun lepas pun i pergi gak Jom Heboh ni.. tahun lepas tu sempat gak la nak amek gambar.. tahun ni baru amek 2-3keping, terus bateri habis. Bongok tau. T_T Ingat nak la amek gambar kat yang perkataan JOMHEBOH tu kan, tapi tadi tu dahla tetiba hujan semua, memang kelam kabut sikit. 


ni tahun lepas :)
 
Tahun ni? Gambar kat kamera sape-sape ntah. Asal orang amek gamabar i menyelit. Hahaha.. Lagipun pergi kejap je.. sampai sana pukul 12, pukul dua dah gerak balik dah. Pastu makayah i lak, petang ni (tadi lepas asar) nak balik kampung. Sebab ada kenduri kawen anak kawan ayah i. Kenduri tu kira macam wajib kot pergi, sebab dulu masa kenduri i.. pakcik tu datang tolong-tolong camtu. Kira orang berbudi kita berbahasa la konon nya. Hehehehe.. :D


Okayla, i sebenarnya tengah basuh kain (mesin je pun).. dah dengar bunyik mesin tu dah siap.. tapi baru 1st round... Ada lagi 2nd round.. Hahahah. Macam banyak sangat manusia dalam rumah ni?? Takdela, i basuh-basuh towel apa semua tu.. tapi ni dah la macam nak hujan jeee pulak. Grr. Okay, nak sidai kain baii. :)


3 comments:

Petak Bunga said...

anak kecil hilang mood shopping..

huhu..

Cik Puan Rara said...

lama gila kau x g jom heboh.suami x minta tempat sesak.tapi kalo aku sllu ok jeee.hahaha

Anonymous said...

cialis cialis generique

.