img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, November 26, 2013

Setahun Sepuluh.


26hb, hari ni Ayra genap setahun sepuluh bulan. Lagi dua bulan je kot nak dua tahun. Besar sangat dah ni. Kikikiki. Besar-besar pun selalu panggil dia baby gak. I kalau boleh takmo panggil anak dengan nama pendek or nama manja. Cam sia-sia jela kalau gitu kan bagi nama yang elok-elok tapi panggil dengan perkataan takde makne. Selalu memang panggil dia Ayra. Takpun Batrisyia. Ayra memang tahu tu nama dia.. tapi dia nak sebut Ayra = Aigha.. huruf r dia tu tak betul lagi.. hehehe.. boleh la..


Ayra makin lasak. Makin aktif. Makin tantrum. Kalau dia marah, selumber je dia campak apa yang ada depan dia.. kalau kita dekat dengan dia, merasa la muka kebas kena cakar, kena tepuk, kena cubit. Arghhh mana dia belajar hah?? i risau tau sebenarnya.. i risau kalau dia tu sebenarnya terlebih dimanjakan, tu pasal dia berani melawan camtu. huhuhu.. :'(


Takut hantu. Hehehe. Mana tah dia kenal hantu. Hari tu tengok cite Wawa Semput kat astro tu kan, kan ada yang angah/along jadi hantu tu kan, memang dia tutup mata la dengan tangan.. terus i amek peluang suruh dia tidur. kekekkee..tapi macam tak bagus kan camtu? dia tidur dalam emosi yang tengah takut hantu. adeh..


Banyak gak benda dia dah tahu sekarang.. pastu suka bertanya.. dalam fasa bertanya 'mana papa', 'mana mak'.. mana semua orang yang dia kenal, sampaikan Awe orang jual ikan kat rumah tu pun dia tanya.. dah nak tidur ni.. siap boleh tanya.. 'mana awe?' HAHAHAHA.. 


Pandai gak berlakon. Kalau kita panggil, kang saje la dia pura-pura tak dengar. Tapi mata dia cam jeling-jeling la tengok kita. Pui. Kalau kita suruh sayang ibu, dia jerit-jerit cakap nanak. Okay fine taknak sudah. Bila kita cakap okay taknak takpe, baru la dia terhegeh-hegeh.. iber iber.. yeeeeeeeee masih sebut IBER bukan ibu. Sabar jela akuu ni ha.


Kalau Papa dia depan mata, dia takdela heran mana, tapi kalau papa dia baru je g bilik air or takde depan mata, dah sibuk.. 'mana papa, mana papa?.. kadang i malas nak layan, i jawab papa g jalan, ayra tinggal. hahahahaa.. suka sangat menyakat anak sendiri. tapi dia tahu papa dia bukan g jalan so takdela dia nak nangis pun.. dia kan kalau nampak je kitorang siap-siap nak keluar.. dia akan mengelupur jom jom.. takpun kalau dia dah siap, kang dia boleh cakap 'okay bai, tinggal'.. eh?? kita lak yang kena tinggal. hahaha..


Bab potty train masih belum diajar. kekekeke.. tapi malam kadang dia tak kencing, kadang dia kencing.. ikut suka dia lah.. sebab kadang tu sebelum tidur i terlupa nak kencingkan dia dulu, so dia kencing lah dalam pampers :p hehehe. kalau kita kencingkan dia sebelum tidur tu.. sampai ke pagi pampers kering je.. tapi bila dia bangun tu cepat-cepat la bawak dia masuk bilik air jugak.. kira nya kena kencingkan dia sebelum/selepas bangun tidur tu.. kalau dia kencing, bangun pagi tu dia akan cakap 'pampers.. basah'.. 


Ayra masih menyusu time malam-malam. Tapi sebotol camtu jela. I letak botol kat kepala dia.. kang dia sedar, dia raba-raba sendiri minum. hehehe.. i perhati je.. yelah i kan jenis anak mengeliat pun boleh sedar sebenarnya.. tapi kadang saje gak kalau mood tak okay, i pura-pura tidur bila anak dah bangun :p sampailah budak tu dah menjerit-jerit suruh kita bangun, or dia korek mata korek hidung ke apa kan. kekeeke..


Ohye, i sekarang tengah ajar dia perkataan iloveyou (i yu), imissyou (miss yu), take care (eker), hepi birthday to you (beday yu).. muahahaha.. happy besday tu sebab besday papa dia kan khamis nanti, so nak la suruh dia nyanyi utk papa dia, tapi macam tak boleh je.. dia humming lagu tu boleh la.. nak sebut seketul-seketul jadi beday yu beday yu jela.. hahaha... takpela janji papa paham? kan?? nanti besday i tahun depan mesti ayra dah boleh sebut happy birthday to you ibu dengan betul. HAHA jangan masa tu pun stil iber dah  la.. ketuk kepala kang :p


Pastu i ajar la gak la doa-doa ringkas.. doa makan doa sebelum tidur bla bla.. YE macam terlambat kan? tapi takpe, lek rrr.. pelan-pelan kita kayuh. Pasal doa ni, ayra kalau tengok kat tv rancangan agama pun dia ingat doa.. beria tadah tangan :p hikhok.. siap paksa kita tadah tangan jugak.. sebelum makan pun kadang maknya ni main ngap je.. terlupa nak doa.. si anak yang ingatkan. hahaha! ada hari tu, i dah nak suap dah nasi dalam mulut, sekali budak kecik ni tarik tangan, sampai tumpah nasi.. i dah macam angin kus-kus dah.. rupanya dia suruh amin dulu. HAHAHAHA terus taktahu nak bagi reaksi marah anak sebab sampai nasi tertumpah  ke marah diri sendiri tak baca doa makan?


Tu je la kot. Banyak lagi  nak cerita, macam anak kau sorang je best kan.. #matakeatas.. kakakakaakkaak.., tapi macam dah panjang sangat pulak, jenuh menaip.


Hari Sabtu, hari last pergi hospital. Harap-harap lepas ni takde kejadian berdarah lagi. Ceaa kejadian berdarah, bunyik macam parah gila.. kekekeke. tapi tulah, malang tak berbau. hehehe.. tamat dah percutian Wan selama 3minggu. :) Hari isnin dah start keja balik. Luka dah okay dah, dah kering dah.. sikit je lagi tak elok.. alhamdulilah :))

Sementara tunggu giliran, kita amek la gambar syok sendiri dulu. Kekekeke.. Ayra pun melayan je :) Sama tak muka kitorang? Setakat ni, ada sorang je cakap Ayra muka macam i.. hahaha.. takpela.. tak kisah pun.  Eh kalau kita tanya suami, contoh ayat camni 'hidung ayra tu macam ibu dia kan?'.. kalau suami mengiakan.. jatuh hukum zihar ke erk? aku bab-bab hukum ni macam blur lak.. mohon pencerahan. cea nak pencerahan kau gi la tanya ustazzz/ah.

Gigi dah penuh. Bercinta betul nak gosok gigi. Kalau tengok kita gosok gigi, sibuk nak gosok gigi jugak, tapi.... bukan gosok, dia hisap berus tu. Arghh stress. Kalau letak ubat gigi, dia cakap 'pedas pedas'.. hahaah.. padahal guna ubat gigi perisa oren je pun. Poyoo sangat! :p


Macam comel je... macam cantik je.. tapi kalau suruh Ayra cakap, jadi camni... camomel je.. camantik je.. dia cakap laju-laju ayat tu jadi bersambung.

Baju dah ketat.. barula seksi. kekekeke..






Ayra Batrisyia dua puluh dua bulan :)).Masih belum punya rambut yang lebat.




1 comment:

Aty Fared said...

Kalau bace pasal perkembangan ayra mesti nak gelak2...heheh...

.