img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, January 18, 2014

Sweet escape, Port Dickson.

Pukul 6 baru tahu, nak gerak PD malam rabu. Kelam kabut packing baju macam nak pergi seminggu.. last-last pakainya 3helai baju je kot? Huahua.. Gerak malam rabu, tanpa arah tujuan. Hotel pun tak booking ke apa.. gila gamble kan? Sampai PD pukul 12malam.. terbaik sangat.

Percutian ni memang takde la bajet nak tidur grand lexis ke apa. Konon nak carik apartment. Tapi apartment semuanya tutup. Tengah malam kot. Hahaha.. Last-last jumpa la tempat ni.. Macam tak best je.. tapi boleh la,  takkan nak tidur dalam kete lak kan? Bilik air bersih, ada aircond, ada tv, ada mini bar.. yang penting nak g laut jalan kaki je.. jalan seminit dah sampai.



Ayra yang baru bangun tidur. Memang berdukung jela.. ha belakang tu la tempat kitorang stay untuk dua malam, rm500++ kot? ntah tak amek port. hahaha..  janji aku boleh tidur. :p

Alhamdulilah. Ayra okay je sepanjang kat sana. Takde meragam tersampuk jin laut ke apa. Kikiki. Tidur pun okay je tanpa buai. Ala, Ayra dah besar kan? Cuma kalau nak tidur mula la, tepuk sana, garu sini.. takpe takpe.. janji ko tak ngamuk nak buai dah la anak.. :p hehe.


Esok nya, bangun pun lewat, so pukul 10 baru nak terjah laut. Dah panas sikit. Tapi lek jela.. i dah berkobar-kobar nak berendam apa semua. Tengok Ayra pun semangat jerit jerit excited tengok air. Tapi last-last indah khabar dari rupa je..  Ayra rupanya takut bunyik ombak, pastu geli nak pijak pasir. HAHAHAHA... seronokkkknyaaa!! #matakeatas. Dable seronok lagi, langsung taknak berenggang dengan i. Perghhhh acane nak mandi nya anak oiii.. :'((


Ayra berdukung.. dari jauh je dia excited air air.. tapi rupanya..... grr. Stresss! :p

Cubaan masuk dalam air. Melalak-lalak "taknak mandi taknak mandi". Menangis macam kena dera. Memang bersungguh gila la nangis. Hahahaha. tak fun lah Ayra ni.

Tak boleh berenggang. Ni pun baru nak duduk sebelah, kalau tak.. nak beriba aje kot. Nak melekat je.. I tipu sunat kat dia kaki i sakit. LOL :p tu pun kejap je. pastu drama "jom balik..jom balik"


Geli tak geli, buat peace tetapppp.. :p hehehe..


Lepak kat pandai sampai pukul 12 tengah hari camtu, pastu masuk bilik balik.. mandi bersih-bersih badan, makan. Pastu tidur..... Pukul 5kot baru bangun. Ayra terbongkang macam kan dia la orang yang palinggggg berendam. Paling penat. Huahua. Poyo tau tak. Petang tu sambung g pantai lagi.


Dah nak pukul 7 time ni. Dah nak naik bilik. Barula berani sikit nak main pasir, kuis-kuis guna kayu. Pakai napkin tu sebab ada hujan dah rintik-rintik, nak hujan la pulok. Tapi tak hujan pun.


Masuk bilik, mandi-mandi, lepas maghrib keluar carik makan. Jalan-jalan sikit, pukul 11 camtu sampai bilik tukar baju apa semua golek-golek terus tidur. Setel day-1.


Hari ke-2, bangun pagi, siap-siap.. g breakfast. Layan amek gambar kat tepi pantai jap. Pastu kemas-kemas barang nak berambus. :p hihi. Checkout pukul 12, tapi pukul 11 kitorang dah keluar. Hari jumaat kan nak sembahyang jumaat apa semua.


Masa nak balik, jalan menghala ke kl tak jem. Tapi jalan menghala ke selatan, kemain lagi banyak kereta.. nasib baik. Thaipusam kan, semua orang cuti. Tu kat batu caves tu seminggu pas thaipusam pun jem jugak kan? ehehe.. masa dulu i pernah panjat tangga batu caves tu tau, sampai atas.. care tak? muahahaa.. nak tengok apa ada kat atas tu. ada patung-patung jela, kotor. huhu. taktahu la sekarang, tak koser argh nak amek port. Eh lari topik lakss. Kikiki.


Lepas breakfast. Shawl ke selimut tu? Kahkahkah.. Shawl hijau, baju oren. Kaler block sangat tu. Padahal tula shawl kau pergi, tula shawl kau balik. Hahahaha... Belasah jela.

Ingatkan petang semalam tu dah macam berani sikit dengan pasir, so hari ni okay la. Rupanya tak pun, tetap taknak taknak.. hehhh ini budakkkk!


Ada pasir kat seluar. Poyo sangat ni.

Jom balik, jom balik.. ekeleh kauuuu budak kecik..

Posing depan toilet, atas banana boat. Ni gambar ni kalau nak masuk giveaway erin tu boleh menang tak? Cool tak agaknya? kekekeke. takde gambar anak&bapak cool la. adesss..


Tapi pastu kena halau.. sebab duduk atas banana boat ni, kikiki.takdela kena halau, cuma orang tu cakap banana boat ni baru pas dipam. takboleh duduk-duduk cengitu.

Petang jumaat tu lak, nak g pantai remis kononnya. Pastu nak singgah cendol bakar yang kat ijok tu la apa la.. sekali..... semuanya hancur berkecai. Kekekeke.. Tak jadi pergi pantai remis, kitorang pergi kuala selangor je. Nak carik ikan murah kat jeti. Odw balik tu dah pukul 7lebih. Cendol bakar tutup pukul 7. Arghhhhh! Mengidam ni. :p kekekeke. tapi kat tepi mrr2 tu pun dah ada cendol bakar.. papaaaaaa.. jom papa kita g situ pun boleh.. :p HAHA.. cendol jeee pun, bukan pandora.

1 comment:

DYatie said...

Nak g PD jugak. Tapi confuse. Sebab rs nak g pd. Rs nk gi icity. Rs nk g melaka. Smpena birthday Arissa. Tapi macam tak kemana2 pun. Haha.

.