img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Saturday, March 15, 2014

Takde kerja.

Macam-macam hal jadi kan kebelakangan ni?Kecoh pasal hanez dengan mr r. Anwar tak layak bertanding. Pastu kapalterbang hilang. Spekulasi itu ini. Bomoh bla bla. Pastu jerebu lagi ni? Air takde bla bla.  Dugaan sangat kan? Tapi yang hanez dgn mr r tu takde kena mengena pun. cuma annoying lah.. hehehe. saje je nak sebut. kikiki. Lantak dialah. Ramai je perempuan camtu, tapi kang lama-lama bila dah hepi, semua orang lupa la kisah dorang tu.. cuma yang orang jadi menyampah sangat-sangat, sebab ayat-ayat dia je, cuba dia diam..  Biasalah artis. Alah, bukan artis pun, kita ni pun sama je.. nampak duit, terus mata jadi kabur. sobsobss. Duit tak penting, tapi semua benda perlukan duit? Untunglah kalau lahir-lahir dah kena salut emas, besar panjang takyah kerja.. anakbini makpak sponsor.. :) tiap-tiap bulan $$$ dlm bank. 


Lama tak menaip, pendahuluan kat atas ni memang dah tersimpang jauh dengan apa yang i nak cerita kat bawah. hee. :))


I nak cerita perkembangan ayra. Rasa macam ayra hebat. HAHAHAHAHAAHAHAHHAHAHAHAHAHAA!!!! matila kena kutuk dalam hati :p Takdela, ayra biasa-biasa je (ayatkoverbalik), cuma i as mak rasa macam eh macam mana ayra tahu eh??  dah besar dah ayra........ gitu. Tu la selalu sangat aggap dia baby-baby kan. :)


Ayra kan dah tak pakai pampers, jadi bila dia kencing, dia akan bukak seluar sendiri, pergi bilik air sendiri, basuh sendiri. Tak ke rasa macam dah besar sangat? Tapi i tak percaya dia basuh sendiri tu, kang tak bersih lak, jadinya i tetap akan basuh balik. Bila dah kencing, dia akan pakai seluar sendiri. Alahaii anak!! Walaupun kadang tu seluar terbalik, tapi dia slumber je pakai macam takde masalah. Hehehe. Tapi kalai pakai seluar tight, dia tak berapa reti lagi.. sebab ketat kan.. dia susah sikit. Tapi takpela pelan-pelan okay baby? :')


Pakai baju lak..... boleh la. Dia nak cuba. Tapi kadang berjaya, kadang tak. Kena la tolong sikit-sikit. Kalau tak kat part leher tu dia bantai masuk tangan jugak. Dah macam apa je rupa. Pastu nak bukak balik tak boleh, dah menjerit-jerit mintak tolong.. 


Ye, tahu ada anak orang lain, umur dua tahun pun dah basuh berak sendiri, dah boleh memasak, boleh kemas rumah. LAGILAHHH hebat nak mampus kan. Tapi lantak la, tu anak dorang. :P kira hebat la dorang ada anak yang amazing camtu kan.. :) 


Ada banyak la lagi benda-benda yang i macam tak sangka dia tahu, tapi dia tahu. tapi i macam blank nak taip kat sini. huhu. kekurangan ayat nak diolah. ceh bahasa! hahaha..



ootd : tshirt timberland, seluar hush puppies.


Baju macam dah ngam-ngam, dulu beli besar kot.  Seluar pun dah senteng. Hehehe. Tapi seluar tu kalau dah senteng pun boleh aje pakai, nanti lipat bahagian bawah tu, ada corak bunga-bunga. :) kira macam seluar 3/4.


Ayra & ibu. Ibu gemuk, kena letak gambar kecik-kecik aje. Hahaha..


Eh, i perasan kan, tahun ni macam ramai pulak orang guna nama Ayra. Hahaha. Adess.. tak rare ah camni. :P berderet kang nama kat sekolah. unless kau sekolah kat sekolah private lah kan, kurang la deret. ni kalau sekolah kebangsaan biasa.. gigih carik satu-satu ayra apa.. hehehehee.. :D


Hujan. Angin kuat gila kat sini.. :') syukur.


.