Hari ahad duduk rumah je. Wan takde, baru je pergi site. Kehkeh. Mengalahkan bangla jual carpet, ahad pun kerja :P Tapi dia pergi lowyat dulu kot, baru pergi site.. awak kirim big apple boleh? HAHAA macam la dia baca sekarang.. Nak ikut boleh je, tapi malas lah pulak. Duduk rumah golek-golek tengok tv lagi best. Lagipun i memang rasa letih sangat badan ni. Letih macam kerja buruh, padahal tah hape je aku buat pun. Biasalah dah tua kan.
Hari jumaat, kitorang pergi 1U. Wan cakap nak beli puting ayra. Okay gak, boleh carik kat mothercare. Sesambil tu boleh jeling gak harga baju. Kot ada offer 90% ke. Nak 90% je, taknak 70%, boleh? Baju raya tak beli lagi ni hoiii :'(
Kesudahnya, tak singgah pun mothercare. Terlupa. Tapi masuk la H&M usha-usha sikit. Ramai gak orang shoping, berplastik-plastik. Ada la deals sikit-sikit, takdela murah kaw-kaw dapat sehelai rm5 ke hape. Hahaha. Nak yang murah ajeee.
dengan caption saya buat muka buruk pun tetap comel. wakakka! |
top Anakku. Jeans senteng bajet style Hush Puppies. |
Hari sabtu lak, memula Wan repair tukar minyak hitam. Pastu petang sikit baru kitorang keluar. Wan tanya nak pergi babyfair tak? I okay je.. So pergi la kitorang kat pwtc. I dah tahu dah kalau babyfair kat pwtc mesti tak best. Tapi sajela la.. ingat nak carik puting botol ayra kan. Sampai sana....... rasa macam ni je?? hehe. Babyfair ni best untuk newborn je. Kalau anak dah besar ni, tak berapa best sangat la.. macam kitorang kalau babyfair ni, carik susu jela, tapi sekarang Wan dah jumpa kedai murah jual susu ayra, kat klang. KAHKAHKAH jauh tak? Dari selayang ke klang. Kadang Wan kena pergi site kat klang, boleh la sekali harung beli, kalau semata tu, memang takla kot. Kat kedai ubat cina yang kat pasar selayang tu, rm72.90 1.2kg, kalau kat klang tu, rm69.90 1.2kg.
Ada la jual puting tommetippe, tapi untuk size ayra guna dah habis pulak. harga kat situ murah sikit lah.. boleh dapat rm20. harga biasa selalu 20lebih kan. pastu botol lak, dua botol 9oz kalau yang warna putih tu rm44, kalau yang ada corak-corak rm48. Dah macam tu, i ajak Wan pergi sogo ajela. Dahla semalam sabtu, pasar malam kan. Memang hazab sikit la kat depan Pertama tu. Tapi takdela teruk sangat, situ memang selalu jem pun. Dah memang tak boleh buat apa. Orang kat sogo takyah cite lah, memang ramai. Sales pun dah start, sana sini 50%, 70%.. kalau aku kaya kan? Tapi kalau aku kaya taknak shoping kat sogo, kita shoping kat obersea, lagi murah. HAHAHA.. berangan yang percuma :p
Kat sogo harga puting botol tu rm24.90, harga asal rm26.90. Okayla. Beli jela. Nak guna kan? Mahal rm4 dari babyfair. Belasah ajela. harga botol 9oz lak, rm35 satu. Mahal lah pulak, tadi kat babyfair tu rm29 satu. So Wan cakap jomlah kita pergi babyfair tu balik. Muahaha nampak tak kitorang berkira? :p Kihkih.. ala bukan jauh pun pwtc dengan sogo.
Masa sampai babyfair kali kedua tu dah 8lebih, nasib baik buka lagi. So sempat la beli. Suruh ayra pilih nak warna apa. Minah tu pilih pink. Amboih girl sangat kan ayra? Kalau ikutkan, i lagi suka putih plain je, lagi suci rasanya. Tapi sekali sekala tukar selera. Okay jela. Ohye, semalam last tilawah al-quran tu kan. Ramai la pakcikmakcik berbaju melayu berbaju kurung semalam tu kat pwtc.
warna pink warna pujaan. hehe.. |
Ayra kan guna botol kaca lifefactory gak. Dah lama gak la dia guna. I suka kot guna botol kaca. Serius jimat. Takyah nak tukar-tukar botol. Tukar teat je. Kalau basuh pun, pastu takde bau-bau. Memang terbaik lah. Tapi ayra guna gak tommetippe. Botol yang macam ni kena tukar 6bulan sekali kan. Nanti la kita ajak Papa beli botol kaca lagi.. I jenis kena banyak botol susu, tak cukup kot 2-3 botol, kena ada 5-6 baru okay. Senang la kerja sikit, takdela sesikit kena basuh botol, boleh la rendam dulu kang sebelum tidur baru basuh. Jimat air. Kengkonon nya lah. Padahal tak pun, sama je.
Ha, kitorang ada la beli baju untuk ayra, sebelum ni ayra pakai size 3y. Tapi sekarang size 5tahunnnnnnnnnnnnnn! HAHAHA.. tapi cutting kecik kot. Sebab baju h&m yang size 4years nampak besar pulak, takdela nampak besar macam baju pinjam, cuma besar sikit je.. memang pergi mana-mana pun kalau orang tanya ayra umur berapa? kalau kita jawab 2tahun mesti orang akan cakap besar ye? semangat ye? taktahu nak rasa apa. -___- ayra girl kot, tak cun la kalau besar-besar sangat :'( tapi ayra memang ikut papa lah kan, rangka besar. tak ikut ibu, ibu kecik tapi buncit. HAHAHA.. tu lain. buncit boleh kempis (dalam mimpi), tapi rangka besar takleh nak ubah-ubah. takpela, yang penting ayra sihat.. tu pun dah syukur. :)
KAHKAHKAH tengok balik atas-atas ni, panjang gila i taip. Pening nak baca. Lantak la. Malas nak padam ke hape. Okayla, nak carik makanan. Lapar pulak perut ibu mengandung buncit ni.