img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, June 24, 2014

Sembang kosong.

Macam biasalah time-time macam ni masa tidur ayra. so kita layan la belog kejap. lagi-lagi tengok ada 5be baru. HAHAHA lagi la macam terujanyaaaa dengan belog ni. terus bercita-cita nak jadi bloger pemes. KAHKAHKAH.. boleh la beli henbeg chanel :P best kan jadi bloger pemes, satu job dah dapat berapa.. macam redmummy tu. tapi sebenarnya i takdela berangan nak jadi bloger pemes pun, sebab tu i mana ada nak join mana2 bloger jumpa2 ke hape.. malas la nak jumpa-jumpa, memula memang elok baik, nanti dah lama sikit gaduh masam muka. huh! tak suka, so baik buat hal sendiri je.betul tak? takat tegur2 komen2 camtu boleh la.. lagipun i bangsa tak peramah dengan orang yang tak dikenali, pemaluu. mihmih.. tapi bila dah tak kenal, langsung takde kemaluan :P Panjang pulak mukadimah. Zzz


I dah start cuti sem sekarang ni. Ada misi mahu dijayakan. Sem lepas i target nak potty training ayra, alhamdulilah berjaya, sebelum umur 2tahun (time siang ajela, malam still tak berani time tu). Sem ni. misi apa? biar diam2 jela dulu. Kang dah berjaya baru kita riak sikit. Hehehe. So far i nampak ada la sikit-sikit dalam 0.09% progress misi tu. Huahua.. I kan bangsa pengkecoh, hal kecik pun nak poyo :p poyo dalam belog jela, kat luar i is diam-diam je, kang orang annoying, kat belog takpe, sebab i tak canang belog i ni kat mana-mana, siapa yang tahu.. tahula.. kalau tak tahu, lagi bagus. hihi. 


Semalam tengah hari kitorang ikut papa pergi work. tapi takdela ikut betul-betul membontoti ke hape. kitorang lepak kat mcd area-area situ je, ada playground... tapi disebabkan ayra is pemalu kambing, dia tengok orang main jela.. huahua. ayra kan kengkonon perempuan yang lemah lembutttt tak reti nak rebut2.. tu yang dia tengok je. :p kengkonon lah. cuba kat rumah? dia lah kakak kawasan, pui!



Ayra yang tertidur kat mcd tunggu papa setel work. Dari jauh lubang hidungmu sudah ku kenal. :p

Bangun tidur pun papa tak siap-siap work. siapa suruh gatal nak ikut? ibu yang gatal sebenarnya :p


Sekarang ni kecoh pasal mak yang kurung budak oku tu kan? macam cerita2. ramai yang keybod warior tu takyah cite la kan. pandai nak memaki je..tak guna pun kita marah maki mak dia, takboleh ubah apa-apa pun, lagi dia dapat pahala adala. Tapi cuba fikir,  kau ada anak oku, dapat ke terima dengan redha ditambah dengan masalah kewangan bla bla? takyah sembang kesian2.. sendiri tak mengalami kot.  pastu tetiba ada lak blog yang up cite mempertahankan mak tu. tahla.. malas nak komen lebih-lebih, tapi walau terdesak macam mana pun.. anak kot? takkan pakai tudung liplap boleh, ada masa nak selfie pulak tu.. beli baju anak tak boleh.. baik beli tudung bawal rm5, pastu lebih duit tu beli baju anak, kan ke lagi bagus? contoh. tak berani nak cakap banyak.. sebab i takde dalam situasi lola tu, taktahu apa pemikiran dia semua. yang pasti, budak tu sangat kesian okay, memang boleh buat airmata mengalir. :(


I kalau tengok ayra pakai baju kotor sikit pun dah gatal nak tukar baju lain (tu pasal sehari pakai baju 4-5pasang tak malam-malam lagi). Ni kan pulak sampai reput koyak.. :'( tapi kan, i pernah je nampak depan mata. mak yang jenis lantak kau lah.. nak buat apa.. padahal anak kecik lagi kot. kat luar ni, ada macam-macam jenis manusia kan? rambut je sama hitam, hati lain-lain. harap-harap i dapat jadi mak yang ayra boleh banggakan, dia tak malu ada mak macam i. harap-harap la. sebab i dah usaha yang termampu nak jadi mak yang baik walaupun kadang tu tetiba rasa letih nya layan ko ra, ayra main sendiri jap, ibu nak rehat. hahaha! ala kasi can la, mana ada manusia perfect.


Okayla, bai!








.