img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, June 19, 2014

Perkara kecil yang mengembirakan.

Ayra dah tidur. Wan takde. Pergi rumah bini muda. KAHKAHKAH. Masin mulut padan muka aku kan. Hihi. Takdela, dia keluar jap jumpa kawan kerja dia, esok nak outstation kat Brunei. Flight 3.30am, gila ke apa? Brunei je kot. Apasal awal sangat. So mehla kita hadap belog sekejap. Esok kena bangun awal, esok last payper.


I lupa nak cerita, kelmarin kan ayra muntah. Punca? Menangis beria-ria. Kebetulan budak kecik tu memang macam ada kahak sikit. Punca nangis tu sebab papa mandikan. Haha. Papa kan pembersih tahap 10. Mandi mesti mau 30minit bertapa dalam bilik air. Ayra bukan tak suka main air, dia dok berjam-jam pun boleh, tapi papa kasar sangat la tu tenyeh2 badan anak, kasi hilang daki. Tu yang dia nangis tu. Lepas dah mandi tu, i pujuk la takyah nangis dah , kasi lap-lap badan apa semua. Sekali tetiba......... blurweekkkkkk! keluar nasi, carrot, kobis.. Habis semua... Seronokknya ibuuuu! Terima kasih ayra. Tapi okay gak dia muntah, sebelum sebelum tu dia macam nak keluarkan kahak tapi tak lepas-lepas. 


Rasa macam dah lama tak cerita progress ayra. Kehkeh. Yeke dah lama, padahal tiap kali update mesti cerita pasal anak punn. Hewhew. Biasalah tu mak-mak, lagi kalau dapat anak yang super geniussss! Eh tapi i ada belajar tau, apa maksud genius yang sebenarnya. Genius tu tak semestinya dalam pelajaran, mungkin anak kita genius dalam music, bla bla. So kalau anak kita tak pandai akademik, jangan push, mungkin genius dia tang lain, kita kena kenal. Benda basic yang semua orang tahu, boo nurul. Hihi.


Apa eh nak cite pasal Ayra.
Haa, nak cite dia sekarang dah boleh nak ingat situasi. Macam mana nak cakap eh, kira nya.. dia dah boleh nak cerita kalau hari ni kita pergi mana bla bla.. nanti esok lusa tetiba dia cerita pasal tu. Cumanya ayat memula dia ialah "semalam kan.." benda dah 3minggu lepas pun tetap semalam. hahaha.


Contoh ayat, "semalam kan, iya(ayra) jalan-jalan. pastu kan iya main boling, masuk longkang, pastu kan hujan. tak boleh balik. pastu kan, tipun (telefon) papa, papa work. pastu kan masuk tulet (toilet), habis basah muka iya". Camtulah ayat dia, banyak guna "pastukan". Cerita kat atas tu rasanya dah 2minggu. Tetiba je dia cerita balik. Kitorang jalan-jalan, main boling. Dia baling bola boling tu masuk longkang. Masa nak balik lak hujan. So bertapa jela kat situ kejap. Call la Papa dia yang tengah kerja. Masa masuk toilet lak, toilet jenis takde paip, yang air pancut kat jamban tu je, i silap adjust, sekali ngam-ngam kena muka dia air pancut. Sampai sekarang kalau orang sebut pasal toilet je, mesti dia sibuk nak cerita muka dia basah kena air..


Banyak lagi la.. macam tak sangka dia boleh ingat & ceritakn balik. I kan selalu anggap dia baby. Padahal dah nak masuk duatahunlimabulan. Ayra kalau dia buat salah, tetiba kita tegur.. nanti dia jawab 'takdek takdek, takdek buat pun'. Dia punya takde tu pekat je, takdeK.


Kalau lepas mandi, dia kan poyo nak pakai baju seluar sendiri. Yang i lak poyo nak layan dia macam baby. HAHAHA.. kadang geram je, meh la ibu pakaikan. kang dah tumbuh bulu baru pakai baju sendiri. gituuu. Anak baru sorang, boleh la gagah nak hadap. :p Kadang tu taknak sikat rambut, kemain tutup-tutup rambut dengan tangan. Terus cakap kat dia, taknak sikat rambut takpe, nanti jadi macam hantu kak limah. Hahaha psiko betul, tak elok takutkan anak. Tapi i tak boleh laa tengok dia macam serabai, walaupun sikat tu kejap je elok, kang berpeluh, dah rupa hazab jugak. Tapi yelah baru lepas mandi biarlah nampak baru lepas mandi kan, wangi-wangi semua tu.


Lagi apa eh?
Banyak lagi nak cerita.
Kalau nak ikutkan hari esok pun tak siap taip.
Tapi dahla kot, kang ingat kita sambung lagi. Ni dah malam-malam ni otak macam lembab lak, kepala dah melekat bantal, mata pun macam dah kena gam. 


Bawah ni kita tepek gambar "perkara kecil yang mengembirakan".
Kekeke tajuk tak boleh bla. Bukan apa. Ayra tiap-tiap petang kalau boleh dia nak ajak pergi sini.
Macam petang tadi, i cakap kat dia pukul 5 kita keluar ye. Sekali pukul 5 pun tetap panas. I cakap kat dia, jap lagi kalau dah sejuk sikit, ayra bagitau ye, sekarang panas.. tak boleh keluar. 5setengah camtu dia dah cakap, dah sejuk dah.. jom la keluar. Banyak la kau punye sejuk! :p Pukul 6 baru i keluar, tu pun setelah merengek-rengek. Haih! Dapat je keluar, muka happy je, mulut potpet. Macam 13tahun tak pernah dibawak keluar rumah.

 


Ni bila eh, isnin kot? ke bila lupa.
apasal tangan macam pelik -----

 
ootd : baju takde jenama beli kat Kenanga. Papa jom pergi Kenanga beli baju tidur ayra.. *tetiba* :p skirt Poney.


Petang tadi.. eh silap petang semalam. Dah masuk khamis dah ni.. lupa.
Ibu, Iya nak air "bina". AIR BINA??? hahaha ribena la anak oii.


ootd : baju Poney, skirt Anakku.


Dah lama tak bawak ayra pergi park. titiwangsa ke, taman layan-layang ke, tasik perdana. Yelah asal hujung minggu je ada kenduri, ada tulah, ada nilah.. masuk mall ada aircond je, outdoor memang takde pun.. tapi sekarang ni panas pulak. tengok la cam nanti.. jom papa? :p boleh ibu joging, papa jaga anak. KAHKAHKAH memang harapan la joging konon. Puii! Marilah kita membesar bagaikan juara bersama-sama. Pakai baju pun carik yang size sebesar yang boleh, barulah gempak kan. :'(

.