img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, June 9, 2014

Teluk Intan & Menara Condong.

Dah pukul 6, sekejap aje hari ni. Esok selasa, rabu khamis bla bla.. sabtu-ahad. Kenapa cepat sangattt ni?  Hari ni 1st paper, macam mana? macam tu la. takat nak dapat A, takdehal langsung. KAHKAHKAH.. berangan lah perempuan. Takdela, bolehla.. dah cuba sehabis yang baik... walaupun keluar awal :p kekeke...


Hari sabtu, kitorang pergi kenduri kat Teluk Intan. Betul-betul depan hospital teluk intan, tanah tumpahnya darahku :p haha. Tempat lahir je situ.. Dalam family, i sorang je ic 08.. Dulu-dulu Sabak Bernam takde hospital, hospital yang terdekat kat Teluk Intan, tu yang bersalin kat situ. Naik ambulans lagi. Okay je mak i bersalin kat hospital kerajaan, takde masalah pun. I je gedik time bersalin ayra dulu. Ni nanti anak no-2 nak lagi gedik boleh, nak kat prince court pulak.. :p kahkahkah.. Wan kalau baca ni buat muka malas nak layan je.. Zzz.


Kenduri ni, i taktahu la siapa sebenarnya, tapi sedara lah.. Time raya, ada la nampak muka kadang-kadang. Anak buah nenek i rasanya. Kiranya, kalau dengan mak i.. sepupu lah kan? Pastu, anak dia yang kahwin ni.. kira sepupu dua kali lah kot. HAHAHA aku taktahuuuuu. Ni kalau jalan-jalan, selisih bahu pun memang tak kenal :p Kitorang konvoi 6bijik kereta. Semua adik beradik mak i la kiranya, kecuali sorang.. paklang i. Dia tak ikut. Adik beradik mak i semua dok area kl, so senang je.. kebetulan nenek i pun ada kat Cheras. So kita ikut highway terus jela.. kalau tak dah kena pergi sabak bernam dulu amek nenek i apa semua.. ni tak, sekali jalan setel. Tapi highway pun jem kot.. kat 3tempat, tapi takdela teruk sangat, cuma macam tak berbaloi la bayar tol kalau jem.. baik ikut jalan kampung kan :p Nak kaya cepat, kena kedekut dulu. Paham? :p



Ayra memula je pakai baju kurung, elok pakai tudung apa semua. Sekali dah nak sampai, minah ni boleh la muntah. HAHAHA. Tapi time tu dia dengan mak i. Yang kitorang laki bini taktahu anak muntah. Boleh bergelak makan aiskrim dalam kereta. Sekali nampak ayra tak berbaju, i boleh cakap.. dia panas kot, tu yang mak bukak baju. Kekekeke. Sekali bila turun kereta, mak i mintak baju ayra.. cakap ayra muntah. Lahh? Nasib baik.. kalau tak habis baju ibu bau muntah ayra.... :p


Lepas pergi kenduri, singgah jap kat masjid. Nak solat rehat-rehat apa semua. Tapi tak lama pun. Sekejap. Cuaca kemain panas gila babi la. Nasib baik kat masjid tu ada aircond. Hehehe. Sejuk sikit.



Tidur. Zzz.


Anakku yang berlengas main lari-lari. Ramai "pakcik-makcik" sebaya kan.. kehkeh.
 


Pastu boleh lak buat idea tah hape-hape, nak pergi tengok menara condong. HAHAHA time-time panasssss kot. Ketiak berpeluh berapa baldi takyah cakap lah kan. :p tapi i okay je, i tak pernah kot jejak kaki kat menara condong, buat malu je lahir kat teluk intan camtu. So sekarang ni dah pernah la.. tapi takdela nak naik sampai atas. Kat bawah-bawah aje. Heheh. Orang pun ramai time tu. Malas haku nak tunggu turn naik tangga.



Ayra yang mengantuk tapi tahan mata dari tidur. So berdukung ajela.. berdukung dengan ibu. Dengan papa taknak. TERIMA KASIH anak, ibu memang gagah.. setakat 15kg? takdehalll.


Balik tu terus balik rawang.. Tidur sana. So ahad, kita duduk rumah rawang ajela. Ibu study, ayra biar papa jaga. Tapi pastu papa cubit? HAHAHAHA.. berbulu lah aku kan, sesuka je nak cubit anak aku. Eee geram! :p Walaupun ayra yang buat perangai. Hehe. Selalunya mak-mak memang camni kan, kalau orang lain tak boleh marah anak dia, dia sorang je boleh. Err ke i sorang je camtu? HUAHUA.. I kalau dah cakap banyak-banyak kali, tapi ayra buat jugakkkkkkkkkkkk perangai, i terus cakap camni 'dah nak bertukar dah ni.. dah nak jadi naga dah ni..'.. takpun i cakap 'ayra nak kena cakap dengan hanger ke baru faham?'.. Hahahaa... Walau apa-apa pun, sebenarnya, ayra senang je.. dia nak perhatian. Kau bagi dia perhatian, dia okay je.. cuma yelah kadang kita sibuk, time-time tu jugak dia nak menyelit, memang buat hidung keluar asap. :p


Eh perasan tak, hari ni panas gila kot? 
Baru je plan nak bawak ayra pergi playground. Konon-konon boleh la i joging sikit. Kan dah "membesar". Tapi kalau panas macam ni, kirim salam ajela yeh. :p Mari jela kita berat sampai 70kg pun. Huahua.


.