img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, June 12, 2014

Cerita semalam.

I sekarang ni selsema. Selsema & batuk. Suara serak. Tiap kali batuk, rasa sakit gila dada. Rasa macam nak tercabut anak tekak. Berjemaah sekali dengan Ayra. Hahaha. Yelah, maknya sakit, tapi sehari 80juta kali tetap nak peluk cium anak. Rasakannnnn. Kehkehkeh. Takpe Ra, sakit itu penghapus dosa. Ecewah! Ustazah sangat ayat. I syak kitorang dapat sakit ni dari Wan. HAHAHAHA tetiba Papa pun terjebak. I rasa dia dulu yang cam selsema. Kan Papa?


Pagi tadi lepas i setel mandi. Ayra pun terbangun. Budak tu memang, kalau kita takde sebelah dia, cepat je dia sedar. Dia nampak i nak pakai baju, terus cakap 'taknak jalan-jalan'. Eh? Ibu nak berperang ni.. bukan nak g jalan-jalan pun.. Huahua. Berperang untuk membina masa hadapan supaya dapat beli rumah kat Bangsar bukan kat Rawang. Huahua. Bestnya kalau ada harta kat tengah-tengah town kan? Ni sekarang nak beli rumah atas tanah, kat rawang jela kot mampu? rawang, bukit beruntung, semenyih, area-area camtu la.. kena ada satu rumah atas tanah before umur 30.. murah sikit nak bayar. :'( kat area rumah mak i ni, ada kawasan baru bukak, rumah teres satu tingkat yang untuk setinggan bukit botak dulu tu, dorang beli cuma rm80-90k camtu la... tapi kalau kita ni nak beli sampai rm180k.. rumah kecik je padahal. Tapi yelah, tanah tu kan? Pastu semua kemudahan dekat. Ehhhhhhhhh tetiba cite pasal rumah dah kenapa. Zz.


Nak cite apa eh tadi.
Lupa pulak dah.
 

Ha, semalam pergi giant batu caves jap. Ingat nak la kasi ayra main kat playground yang kat foodcourt tu kan. Bila tah pergi tengah renovate. Ni dah lama mesti dah siap. Sekali bila dah siap, buruk je pun. Wakakaka. Makin kecik. Pastu budak kecik macam ayra nak main apa? Dahla kecik, pastu ramai pulak bebudak. Memang ayra jadi pompom girl jela. Mana reti berebut :p Anak ibu kan sopan santun sangat. 

takdapat main kat playground, kita makan ajela. semangat budak ni makan.

Masa makan tu kelakar je, papa kan takde. Sebelah dia kerusi kosong. Tapi dia bajet macam papa dia ada. Siap boleh tanya-tanya... papa nak air? papa nak ayam? ehhhh budak ni.. hehe. Tapi biasa lah kan budak-budak baya dia ni memang berangan no-1.. Imaginasi lebih. Hihi..


Balik tu ingat nak singgah kedai alang i. Sekali dah tutup. Tak dapat la nak makan nasi lemak free. KAHKAHKAH itu tujuaan nya pun. Niat terpesong. Kikiki. Padahal dah makan ayam kan. Ayam lain. Nasi lain. Mana takkkkkkkkkkkkkk ____________ sila isi tempat kosong. Huahua. Kembang setaman.


Pastu lepas isyak camtu, ayah i nak belanja makan pulak. Sempena adik i yang form5 tu lulus amek lesen motor. Wakakaka. Macam tu pun bolehhh. Lesen motor je pun. So i dengan Wan naik motor ajela pergi kedai makan tu. Bukan jauh mana pun. Dulu-dulu zaman takde ayra, kalau nak pergi kl, memang naik motor jela.. ni dah ada ayra, macam kesian pulak kang dia nak tidur tak selesa ke hape.. tapi kalau takat nak pergi pasar malam ke kedai depan rumah ke pusing-pusing taman ke.. boleh la..  Ayra layan kot naik motor. Dia memang suka. Senyap je duduk kat bakul.


Okayla. Nak melayan budak kecik ni. Tadi dia cakap dia ada tumpahkan air kat dapur. Tapi sebab sibuk mengupdate belog, terlupa pulak nak cek. Hahaha.. bagus perangai.






.