img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Monday, June 16, 2014

Hari minggu.

Seronokknya bukak nuffnag, tengok ada 3be on going. Hahaha. Tapi takdela masyuk pun. Belog ni belog takde folower pun. Belog syok sendiri. Tu pun nuffnang nak kasi be, tak kerasa macam gumbira, dapat duit freee gitu.


Hari ni dah isnin. Ada lagi dua paper nak kena hadap. Masih boleh bergembira, sebab i kan manusia yang poyo, exam tapi tak sedar diri, bajet takyah study, boleh dapat deanlist. Kononnya. Tapi seriusly, dari dulu zaman sekolah sampai la dah tua bangka ni, i bukan budak nerd yang skema nak kena study-study-study. Tapi masa zaman sekolah tak study pun boleh dapat stret A. Kali ni kalau tak bukak notes langsung, sila repeat paper jela jawabnya kan huahua.. kena la baca sikit-sikit. -__- Dah tua dah kau nurul, berubah la perangai.


Selalunya isnin kita update pasal weekend kan.Weekend yang penat-takpenat-penat. Ha camtu la. Takdela pergi mana-mana pun. Tapi tetiba je rasa eh dah isnin? Gitu.


Hari jumaat petang tu kitorang balik rawang. Tapi sebelum tu singgah kat giant rawang jap. Ayra nampak uncle jack ni, sibuk 'nak a-c(kfc) nak a-c..' Ye, anak aku tu sebut kfc tak betul. Hahaha.. Nasib baik la Uncle Jack ni murah je. So belikan dia kids meal, baru rm3.00. Pastu i teringin nak makan karipap kat situ, 6ketul rm4.00. Banyak gak la dia makan, hampir habis. Ada balance 3-4sudu nasi camtu je.. Ye kesian kan ayra makan fast food?? Tapi nasi ayam kot.. tak boleh gak eh?



Makan-makan.

Hari sabtu lak, kitorang ada kenduri kat Serendah. Kawan kerja Wan. Tapi budak lagi, baya-baya i camtu kot umur dia. Sampai kenduri pukul 2lebih. Sejujurnya, i tak pernah masuk kat kawasan perumahan area serendah tu. Selalu lalu jela. Kat jalan besar tu kan. Kawan Wan punya rumah kat taman apa hape tah, rumah banglo tapi setingkat jela.. Best je buat kenduri, buat kat dalam rumah je. Takyah nak kacau jalan sangat. Masa kenduri tu i pakai baju warna kelabu, sekali warna tema daa... hahaha... semua sedara mara dia pakai baju warna kelabu gak.. 



Setel kenduri tu, Wan lak ada hal. Dia boleh drop i kat rumah mak kawan dia. HAHAHA gila lah. I dah la tak kenal mak kawan dia tu. Tetiba nak tumpang rumah. Tak ke terkemut-kemut aku kat situ. Ingatkan dia nak pergi kejap je. Sekali pukul berapa baru setel. Bertabah jelaaaaa, kita maki dalam hati. Nasbi baik mak kawan dia tu peramah, plus ada bebudak umur baya-baya ayra 4orang.. boleh la kawan-kawan. Tapi ayra paling WIN dari segi size badan dan mulut. 


Yang Wan tu ada budak pinjam sportrim dia, tapi sportrim tu budak tu g jual. Pastu membe bengang lah kan, pehal nak jual kan? bila dah desak-desak, baru la pulang balik sportrim tu, tapi tu pun pulang dalam keadaan yang rosak. Harga sportrim tu takdela mahal, bukan ori pun, yang ori Wan jual rm5k, ni gred apa tah.. jual pun laku rm1.5k camtula. Wan takdela hadap pun dengan sportrim tu, bukan nak guna (sebab tak ori dia malu nak guna), tapi sebab budak tu buat hal.. tu yang dia nak amek balik. Ye, suami saya dulu memang mat rempit. Kihkih.. Kalau dengan Wan senang je, kau jangan buat taik dengan dia. Dia memang suka tolong orang, tapi once kau buat taik, merasa lah.. takuttt nak cakap. Silap-silap pedang samurai kat leher. :/


Uniform pergi kenduri kawen. Hehe baju kurung ni je yang muat. Yang lain-lain dah senteng. Kat rumah maktok rawang jela dapat main tent ni. Rumah selayang kecik, tak dapek ah nak bertent-tent. Rimas. Kereta remote tu pun aku dah rimas, ni nak tambah tent? Takpayah.


Hari ahad lak pagi-pagi duduk rumah je. Layan melodi apa semua.. habis melodi baru gerak pergi Plaza Damas. Sekali kat Plaza Damas, Wan dapat call pulak, ada high case apa ke tah kena setel kat Shah Alam. Kerja. -_____- Terpaksa la kita ke Shah Alam setelkan kerja dia.


Dah setel kerja kat Shah Alam. Kitorang pergi Kajang jap, pastu baru jalan-jalan kat The Mines. Tengok sungai. Wakaka. Masa kat the mines ni, ayra mengamuk. Mula-mula nak aiskrim mcd, sekali time nak beli.. mesin rosak ke hape tah. So dia okay la. Belikan dia aiskrim upin-upin. Dahtu nak makan kan, i bukak la, terkoyak la gambar upin ipin tu, terus merajuk. HAHAHA.. Nasib baik anak aku kan. :p Kalau tak anak, dah kena campak kat sungai dalam mines tu. Pastu tetiba 'nak a-c'. I memula malas la nak belikan, sebab dia baru je lagi makan kfc kan. Tapi bila pergi kat kfc tu, ayam dah habis. Yelah masa tu pun dah nak pukul 10pm. Dah nak tutup dah.. Nasib baik pastu dia okay je.



Muka merajuk. Tangan tu tunjuk nak 'a-c'. Kehkehkeh..

Malam tadi sampai rumah pukul 11 lebihkot? Camtula. Sebab singgah nsk jap. Beli pampers budak kecik ni.  Sampai rumah bukan tidur ke hape. Kemas beg dulu apa semua.. kan kitorang dua malam tidur rawang. Masak nasi, mandikan ayra, kasi susu, ayra tidur. Sementara Wan mandi, i sempat lipat baju yang tah bila - jumaat kot? tak sempat lipat. Pastu baru la makan sama-sama. Macam mana la nak kurus, tengah malam makan. Hehe. Lepas makan, kain pun dah siap, terus sidai kain lak. pastu i surrender, nak teman Wan tengok tv pun tak larat. Huahua. Penat badan satu hal. Penat otak pun satu hal. Layan kerenah ayra, yanggggg "best". Bersyukur sebenarnya dapat anak yang aktif, budak kan? Kalau tak aktif tu yang patut dirisaukan.. Tapi kadang tu, kalau dah dia cuma time tidur je mulut senyap, tak ke mengundang stress jugak? :p


Kalau dah rasa grrrrr sangat, i terus pura-pura nangis. kang nanti si kecik ni pujuk. 'Ibu coyi coyi coyi' 44x sebut coyi-soryy. Pastu siap peluk tepuk-tepuk kita sambil cakap 'alalaala sayang baby tua'. Takpun dia pegang dua-dua pipi, sambil cakap 'gewammmmm'=geram. KAHKAHKAH.. nak marah pun jadi tergelak. Macam tula anak, baru sorang dah berpeluh ketiak.

.