img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Wednesday, August 13, 2014

Fesyen 1990+

Tajuk poyo sangat. Baju yang ayra pakai kat bawah ni, baju i masa kecik-kecik dulu. Kalau ayra dah muat, maksud nya baju ni kira masa i baya2 ayra la jugak kan..  2tahun-3tahun camtu.. kira tahun 92-93 la kot? haha. Rare kan. Dah 20tahun lebey dah. Hehehe.. I kan takde adik perempuan, mana boleh nak turunkan kat adik2, turunkan kat anak jela.. :p


Masa suruh pakai baju ni, ayra taknak pun. Dia cakap '' taknak baju ni, buruk.. tak cantik.. baju ni busuk". HAHAHA! Eee budak ni geram pulak kita mendengar. Pujuk2 cakap ada gambar apple la, cantik... cantikkk.. "baju ni busuk, iya taknak pakai lah".. Hahaha! Menjawab!!! Yelah, baju ni khazanah negara kan, jumpa kat kain lama2.. memang busuk lah.. bukan busuk apa pun, bau baju lama2.. camtu je.


Last-last baru nak pakai, tupun dia cakap 'try aje, nanti bukak tau'. BAIKLAHHH TUAN PUTERIII!

Kereta menan tersadai macam tu.. nak main dalam rumah memang tak dapek ahh, rumah kecik. Huhu. Main macam tu jela pusing2 strereng dengar lagu.. jadilah..
malapnya ayra. huahua.. pencahayaan tak bagus ni. kuikui.

Baju ayra yang lama-lama pun i tak buang, tak bagi orang.. ada je simpan dalam box plastik tu. Huahua. Bajet kalau ada adik nanti boleh la turun2kan. Tapi adik nya tah zaman bila baru nak muncul tak tahu la. Hahaha! Nak bagi orang macam sayanggg, i kan jenis sentimental punya orang :p huahua. Lagipun i takut la nak bagi, takut orang macam tak sudi ke hape.. nanti orang fikir baju buruk pun nak kasi bla bla.. Padahal tak buruk pun baju tu, still macam baru2.. warna tak lusuh ke hape tak.. huhu. Tapi tulah, suka fikir bukan2. So simpan ajela dulu.


Orang tua-tua cakap, ayra kalau ada adik mungkin perempuan. Erk? Hahaha... tetek terbelah katanya. LOL.. tapi so far menerusi kajian yang i jalankan kat orang yang terdekat, teori tu boleh diguna pakai. Tapi contoh la, anak 1st-terbelah. Pastu mengandung 2nd gugur. Ha, ank 3rd tu tak boleh la nak guna teori terbelah or tak.. sebab ada gugur dah kan. Gitu. Oldskol sangat kan i? Hahaha.. Saje suka-suka, kang percaya taksub sangat, khurafat lak.

.