img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Tuesday, August 26, 2014

Ayra 2y7m & Balik Batu Pahat.

Hari ni dah selasa, selasa 26August. 
Hari ni genap ayra 2y7m :)
Sekejap sangat dah besar.
Makin banyak akal tu semestinya, dulu masa dia kecik2 i takde pun nak tarzan2 ke hape, sekarang ni teruk pulak rasa nya.. dulu boleh sabar, sekarang ni susahnya nak sabar....... :'( kenapa tah.. :'(( susah jadi mak ni sebenarnya kan? budak baru 2tahun lebey, panjang lagi perjalanan pasni, ntah apa cabaran lagi pasni.. aaaa sedihnya! tetiba nak emosi. hahaha. papejela perempuan ni. 


Okayla, takmo emosi. Kita cerita pasal benda lain lah pulak.
Banyak benda nak cerita, nak cerita pasal open house hari tu. Tapi dah 2minggu dah, so takyah cerita jela, dah basi. Ni kita cerita pasal wekend baru2 ni jela.


Hari sabtu, kitorang pergi open house kawan Wan kat Putrajaya. Petang tu konon nak lepak la kat dataran apa tah nama-taktahu-lupa.. tapi boleh la hujan kan petang tu. So kansel ajela. Kita shoot ke alamanda, kasi lek-lek dulu, pas hujan baru gerak balik. Gerak balik Rawang. Tapi odw balik tu, dari nsk selayang sampai tesco selayang ayra nangis. Nangis dah la patern beria macam kena dera airmata apa semua.. puncanya dia nak suruh singgah nsk. HAHAHA! Kau dah kenapa ra oi?? Last-last kitorag singgah jela tesco jap, terus ceria. Murah taste anak aku ni, nsk, tesco.. tu pun dah boleh menghepikan. Hahaha..

 
perut ayra tak boleh bla kot, sama dengan perut ibu jugak. kakakaka..

merajuk! sikit-sikit merajuk. yang ni merajuk sebab nak sudu ke straw ntah.. heh.


Hari ahad lak, ada dua kenduri kahwin. Satu kat selayang. Satu kat keramat. Plannya, nak balik batu pahat pastu, tu yang kitorang tidur rawang. Dari rawang gerak satu kereta jela ber-6.. tapi ayra mana nak duduk belakang walaupun ada seat kosong, Merasa la beriba sepanjang perjalanan. Krem peha. Setel kenduri dalam 3lebey, terus shoot batu pahat. Sampai sana dalam pukul 6lebey-7 camtu la. Terus amek kunci homestay. Balik batu pahat sebab MIL nak pergi kubur. Hari tu time raya kitorang tak sempat pergi kubur. Sampai homestay rehat2 apa semua. Malam tu tidur jela. Penat. Takde nak jalan-jalan pun. 


homestay ni kira abang MIL la punya, satu malam 150, tapi kitorang free je. tiap2 bilik ada aircond, ada astro apa semua, kira okay la.. nak rehat2..

Hari isnin tu Wan cuti. Ntah mama nak balik ahad-isnin. Ikut kan ajela..  Pagi2 bangun siap2 apa semua. Kemas-kemas, singgah gerai depan homestay tu makan. Taktahu la sebab lapar ke hape, pukul 10lebey dah tibai makan nasi putih, lauk sedap lak tu. Makan jela.. Dah pergi kubur apa semua. Singgah kat area mana tah, still kat batu pahat tu la.. rumah abang MIL, yang hari tu tak sempat singgah masa raya.. dari rumah tu, dah pukul 3lebey la kot, gerak balik KL. 


bersama henbeg paling mahal. kuikui. tu la beg susu ayra, takyah bakul apa segala.. lek je letak thermos airmasak susu botol susu dalam beg free tu. muahaha! banyak kot beg free camtu, kalau koyak ke hape tukar lain :p


Tapi sebab banyak pitstop, singgah kat melaka la, seremban lah.. stesyen minyak nak kencing lah.. apa semua.. dalam 10lebey baru sampai rawang. Kitorang ikut jalan kampung. Dah sampai nilai baru masuk highway. Tu yang lambat jugak tu kot? Yang kat seremban tu singgah semata sebab ayra kemaruk nak kfc. Hahaha! Tu yang atok.maktok dorang tak sampai hati kot, kena gak carik kfc. Padahal ayra memang camtu, tiap kali nampak kfc, dia akan sebut2.. padahal makan seketul je, mintak tu macam nak makan 10ketul ayam apa semua. Huahua..


Sampai rawang, kemas2 beg, mandikan ayra apa semua. Sempat la i terlelap 10-15minit kot. Pukul 12lebey baru gerak balik selayang. Sampai selayang dalam pukul 1lebey siap isi minyak apa semua. Dan2 time hujan, so takyah la basuh baju. Ye, i punya peel.. balik dari mana2 memang terus gelabah nak unpack, terus nak basuh baju. HAHAHA! Tapi semalam tak larat sangat, so takdela basuh2 di malam hari. Tapi tu pun pukul 3baru tidur.


























.