img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Thursday, August 21, 2014

Bila nak berat 70kg ni?

Berat sekarang ni 59kg. Semalam timbang masa kat giant bachang. Dahnya ikut hasben kerja kan.. asyik kena os kat melaka.. Kang kalau tak ikut mengatal pulak, kena la ikut. Hahaha. Lelaki kalau nak mengatal, depan bini pun boleh, peduli hape ikut ke berkepit ke hape kan? kuikui. takdela kalau tak ikut, boring kot dok rumah, tengok la dunia luar sikit, jalan2. 


Berat paling win pernah dicapai, 61.5kg. sehari sebelum bersalin kan ayra. Tapi masa tu, seluar jeans size 26 boleh sarung. Sekarang ni, memang mimpi tak bangun2 la nak sarung seluar size tu. Tak mengandung tapi berat macam mengandung, apa ceritaaaaa? Cerita nya makan tak ingat dunia-makan-tidur-makan-tidur. Takde aktiviti berfaedah, mana berat tak naik mendadak? Dah elok dah dulu 48kg, naik sikit 50kg.. maintain 52kg.. sekali................ hambek sikit lagi pasni timbang mahu 70kg pulak kot.


Dahla tinggi tak berapa nak tinggi, katek je.. 158cm. Pastu berat lak omg sangat.. memang dah tahap obesiti dah kot ni. Jap kira bmi jap.. Eh bmi normal la. HAHAHAH!.. macam tak percaya pulak. takyah la diet ke hape ni? muhaha memang tak pernah diet pun, makan macam jin, tapi masih berharap kurus, boleh? memang tak boleh la kan.


Lagi satu orang cakap, cuba gengam pergelangan tangan kan? Muat ke tidak. still muat. Kurus la kan? Kahkahkah lagi sekali perasan. Hidup dalam mimpi. Tapi kalau nak banding dulu, kalau gengam tu, banyak je ruang lagi, ni memang nampak la beza.. 


Best la siapa yang makan macam hantu raya tapi tetap kurus-kurus tu kan?
Tapi takmo la kurus sangat, nak macam dulu je, sedang-sedang. Agak-agak boleh ke tak eh? Kita cuba dulu.. tapi kena lepas raya la kot. Nak diet sekarang rugi woo. Nanti dah start kelas baru kita kurangkan makan, dari 4-5x, kita makan 2-3x aje.. hahaha! Orang lain kalau diet maksudnya makan sikit takat nasi separuh senduk.. ni tak, tetappp 2-3pinggan. Ala kita bukan nak diet sampai 40kg, dapat 50kg pun okay.., so cuma nak kurangkan makan je, boleh kot. Cuba dulu.  



Ohye, ayra maintain 15kg. Hihi. Ayra tak debab pun, dia lek-lek je. Tapi kenapa tah orang suka cakap dia macam 4-5tahun, maybe dia tinggi jela kot. Padahal takdela tinggi mana. I tengok biasa je.. heee..




 

 




.