img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

.Lalala.

Friday, August 15, 2014

Jalan-jalan.

Sekejap je dah jumaat kan?
Minggu ni memang macam sekejap sangat.
Eh tak, rasanya memang sejak kebelakangan ni, semua benda sangat cepat. Betul tak?

Apa i buat tah sepanjang minggu ni.  Rasa macam takde benda produktif langsung. Semuanya dihabiskan dengan sia-sia. Lagho semuanya.

Eh, ada satu jela. Ajar ayra al-fatihah. Ye baru nak start ajar.
Seminggu ajar, baru ada bunyik2. Belum boleh nak hafal la sampai 7 7 ayat tu.
part paling dia suka, kalau sampai je ayat tu kemain suara kuat2.., .. iyyâka na`budu.. & wala dh-dhâllîn, amin. ulang benda tu berpuluh2 kali..yang lain2 tu.. bunyik2 sikit, hujung2 sikit. Boleh la.. anak aku bukan supergenius ke hape boleh hafal dalam masa 1hari. :p ilek2 dah la.. dapat lak mak yang pemalas, memang apa pun tak boleh la kan? hihihih


Semalam kitorang teman papa work. Minggu ni papa kena work kat melaka. Ulang alik la melaka-kl. Penat kan? Tapi kerja. Buat jela. Hahaha! Dulu kerja kat hospital selayang dok kat office je kan, paling kuat pusing dalam hospital je. Sekarang amek kena pergi site sana-sini. Tapi takpe itu semua boleh claim, claim masyuk boleh belanja ipone6 nanti. Eh? Muahaha!


So semalam sempat la jalan-jalan la kat Mahkota Parade & Dataran Pahlawan. Lama dah tak masuk sana. Sempat gak la masuk Jelly Bunny, sebab ada 70% sales kan, saje la nak menyibuk. Takdela nak beli pun, sebab i dah dapat kasut baru dah. Huahua.. Masa nak raya hari tu Wan belikan. Dia la pilih2, semua dia pilih jenis flat bertutup. Mesti sebab nak suruh sekali harung pakai pergi kelas kan? jimat la tu. pui. I baru je berangan-angan nak pakai heels ke wedges ke.. baru la raya.. Dah orang nak belanja flat shoes, kita terima ajela.. takyah nak bising-bising. Walaupun kalau ikutkan i, rasa macam baik beli kasut kat vinci je ke hape, boleh dapat 3-4pasang dengan harga camtu. Ni dapat satu je. Huh.



Susah nya boikot milo, fevret dari kecik :'( takpe perlahan-lahan kan?

Sempat la singgah Klebang. Sebelum2 ni lalu kat klebang ni, i perasan ada bus semua ni kan.. Tapi tak tahu pulak rupanya bus tu is kedai2. Rare kot? Dorang buat bus jadi kedai makan. Tapi semalam kitorang sampai, kedai tu semua tutup. Takde rezeki la tu. 


Peaceee. Yang tu bukan coconut shake original klebang ke hape tah. Tapi  dah tu je yang ada, beli jela..



nak mandi LAUK. hihi. lauk=laut. Kasut ayra tu size uk10, kiranya kaki ayra ni size standard ke size besar ke size kecik eh? jangan la kaki besar, susah kot nak carik kasut nanti dah besar..





Beg baru rm5 kedai Hinode. :D

Pukul 1lebey baru sampai rumah.
Sampai rumah basuh baju kemas itu ini.
Nak dekat pukul 3 baru tidur.
Huhu.. Pagi tadi 8lebey dah bangun.
Okayla, ayra dah bangun tidur ni, mintak susu.
Selamat Berhujung Minggu.
Selamat Makan Banyak-Banyak.. hehe. Bai.

.